Walaupun berstatus wanita bekerjaya..namun demikian, disebabkan memerap di rumah je membuatkan kepala menjadi semakin dump..bebal pun ada juga..maka tak tahu nak post apa..
Yerlah..takkan nak tunjuk resepi-resepi seharian aku..memasak pun ala kadar sahaja..tak macam orang lain memasak punyalah hebat..sehingga ingredient nya pun aku tak dapat nak bayangkan macam mana rupa..nama pun pelik..Lagipun ini bukan blog memasak..ini adalah blog untuk menceriakan hidup aku..supaya aku boleh berkongsi apa yang aku buat dan aku boleh bagitahu kepada kamu semua apa yang aku buat..tapi skang ni duduk rumah sahaja dan tak mungkin aku nak cerita kisah sensored di sini..oh tidak..hoho
Aku tak suka kehidupan yang malar je..hidup ni kena ada variasi..rutin-rutin kehidupan aku ni dah jadi biasa je..aku nak aktiviti aku penuh dengan pekara-pekara yang berlainan..nampaklah sikit aku menghargai kehidupan..dah tua nanti tak mampu nak buat semua pekara dalam satu hari..
Alhamdulillah tahun ni bekesempatan juga menjemput rakan-rakan beraya di rumah...menu pun sikit je..mee kuah, agar-agar, salad buah dan kuih raya..aku akui ada kawan-kawan tak sempat nak aku jemput..tapi sape-sape nak datang beraya..sangat la di alu-alukan datang..tahun depan ada rezeki & kudrat lagi InsyaAllah akan cuba buat lagi..kalau dapat buat lagi tahun hadapan akan cuba lebih teratur dan semua kawan-kawan aku dapat hadir..pic pun x ade..sebab charger kamera tak tahu letak mana..kalau tak dah boleh tempek sekeping kat sini kan..
pss I luv u:: -risau2-
No comments:
Post a Comment