Monday, October 17, 2011

Resepi Senang::Pastri Kastard dan Pastri Sosej Curry

Bukan aku yang uli pastri ni..ni memang beli yang dah siap..frozen pastry from 'Kawan'..senang je..nyahsejuk beku kan pastry ikut suhu bilik selama 10-20minit....hee..boleh la..hasil pembakaran yang sekata..baru dua kali..dua-dua kali aku bakar pastry ni..yang pertama Sosej curry puff dan kedua ialah custard puff..


Sosej Curry Puff

Resepi Sosej Puff
------------------
-Seketul Sosej Puff memerlukan dua keping pastry..
-pastry di atas dikehendaki menggunakan pisau untuk potong pangkah
-pastri dibawah jangan buat apa-apa...saya gunakan jenama kawan

Inti:
-sosej dipotong bulat
-bawang merah, bawang putih di mayang halus
-bancuhan serbuk kari pekat
-garam secukup rasa
-mayonis

method
*******
-goreng bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau
-masukkan bancuhan serbuk kari pekat
-masukkan sosej & masakkan sehingga sosej masak
-tutup api dan sejukkan
-selepas suam-suam, gaulkan dengan mayonis
-kemudian di letakkan diantara dua kepingan pastry puff tu..(yang potong pangkah di atas..yang tak buat apa2 di bawah lah)
-ambil garfu dan kelipkan keliling..kemudian bakar dalam oven. guna api atas bawah selama 20min. suhu 160-200 c..ikutlah..selalula jengok2 oven tu..kalau kembang garing kira ok lah..

Custard puff


Resepi Custard Puff
------------------
-Seketul Custard Puff memerlukan 2 keping pastry..kemudian dikerat dua..untuk mendapat bentuk yang cumel seperti atas..tak mahu potong dua pun boleh..tapi gedabak la sikit..kebetulan mmg aku ada 2 keping puff je..hoho
-di tengah-tengah pastry di atas dikehendaki menggunakan pisau untuk potong pangkah supaya ada la lubang nak letak kastard
-pastri dibawah jangan buat apa-apa...saya gunakan jenama kawan

Inti:
-susu ideal
-2 sudu tepung custard
-air sedikit
-gula secukup rasa


method pastry
**************
bakar pastry dalam oven. guna api atas bawah selama 20min. suhu 160-200 c..ikutlah..selalula jengok2 oven tu..kalau kembang garing kira ok lah..

method custard
***************
-masukkan susu, tepung kastard, air sedikit dan gula..kacau sebati
-letak atas api pelahan..kacau dan masak sehingga sebatian pekat..
-dah siap letak atas lubang yang dibuat atas pastry yang telah dibakar..
-kemudian boleh menjamu selera..




Psss I luv u:: nak cuba pelbagai jenis resepi lagi..=)

No comments: