Semua mudah..sampai pelawat blog aku ni suruh aku iklankan resepi dlm blog ni kat mudah.my sbb ia mudah..tp bukan ciptaan aku..ia mudah sebab rujuk blog pakar yang lain..jd memang lah mudah..kalau aku yg cipta dah kompom dpt phd...hoho
Resepinya di ambil di sini::: my resepi.. tapi biasalah kene ada perubahan sikit..sbb ada bahan yg xde dalam rumah ni..resepi asal utk 24biji muffin..tapi i buat half adunan..
Bahan-bahan ( 1 dozen muffin )
4 tbsp mentega, dicairkan ==tukar kepada butter
2 cawan tepung
1 cawan gula== manis sgt..perlu kurangkan lain kali
1 cawan susu segar ==guna 5 sudu tepung fernleaf penuh cream
2 tbsp baking powder
1/2 tsp garam
1 biji telur
1/2 tbsp esen vanilla
Cara-cara
=======
1.Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
2.Isikan adunan tadi kedalam bekas muffin.
3.Bakar selama 20minit/180C.
Tak payah susah2 nak beli kat kedai..ada telur..ada butter dah dpt 11 ketul..ekceli ramuan utk 12 ketul..tp aku isi penuh2 supaya ia naik mengunung mcm ni..boleh tahan 3 hari tau..aku letak je dlm oven..sape nak mkn panaskan kejap then boleh la makan..isi maintain gebu.cuma atas tu jd over rangup kalau byk kali panas kan..