Saturday, August 24, 2013

BreastPump Set

Aku dah 35 weeks..tengah menghitung hari lah ni..bedebar sungguh lah..minta2 semuanya dipermudahkan, selamat, aku & baby sihat2 je..

Ok..post kali ni macam lah aku beli breastpump yang mahal tu..aku beli yang manual je..itu pun jejak smpai rm305..beli set di fabulousmom..pergi kedainya sendiri..tak beli o9...mula2 nak beli nursing bra sehelai yang rm15 tu je..lepas tu tergoda pula dgn pwp(purchase with purchase)..alahai..rugi pula..yang aku beli ialah set ni..sebenarnya harga rm269 ni hanya medela pump+coolerbag+ice pack+6 storage bottle. Nursing bra+Storage Plastics+Disposable bra pad  tu kene tmbah2 lah..xsilap ni pwp if beli lebih rm100..if aku beli pump loose pun aku boleh beli semua tu kot...






Harga set ni dlm website RM269.00..tp bila beli tu beli ni..jadiklah harganya rm305..ekceli harga ni ok..tp part pam ni x puas hati..baik beli loose pam ni di pumponthego..RM175 with postage siap dpt lagi 1 storage bottle medela..huhu..tkilan i..ekceli i dah survey..tp bila pikir nak mudah je..malas nak soping lagi..so beli je lah kat kedai tu..urm..rugi pulaaaa..huaaa kalau x..dah dpt dah extra 1 bottle

kalau korang nak beli pam manual ni..beli kat sini murah kot..FB pumponthego

Kenapa xnak beli pam elektrik? sebabnya budget xde...haha..nak jimat je kalau boleh..if perlu nanti baru beli..tp nak cr pam elektrik murah2 & ringan je..barang2 berpantang almost complete cuma aku x beli lagi obimin pluz+fish oil+set NR....tak pasti nak beli loose ke x set NR ni..igt nak beli lepas bsalin..tapi takut x lawas pula lps bsalin..huhu..sbb konon2 nak makan bila anak dah ok sikit..maybe after kuning dlm 2-3 minggu..NR tu kan melawaskan & memanaskan badan..dulu lps dnc mmg mkn tu mmg bagus & bdn pun selesa je..Doa kan aku bjaya ok..now aku lazy sgt nak siapkan research aku..teruknya..harap2 sempat submit MUCET 2013 & 1 lagi journal sblm meletups..application aku still x siap lagi ok..


3 comments:

zainura66 said...

Assalamualaikum Cumel,

saya ingin memberi sikit tips untuk dapatkan banyak susu selepas melahirkan anak nanti. Sebelum pam susu badan, pastikan Cumel urut rata/ semua bahagian payudara agar lancar pengaliran darah dan susu yang diperah akan banyak serta tidak menyakitkan payudara apabila dipam. Susu yang dipam juga mengandungi nutrien yang cukup bagi anak.

Tidak perlu membeli pam yang mahal-mahal ; kerana pam yang mahal tidak menjaminkan pengeluaran susu yang baik.

Selamat melahirkan cahayamata dan semoga tips ini bermanafaat.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
cumel~* said...

Terima kasih atas doa & tips zainura66..InnshaAllah sy akan cuba tips tersebut.. =)