Friday, October 7, 2011

Budget/Belanjawan 2012

Demam budget hari ni..daripada minggu lepas i asik tengok kalendar..bila la 7 oct ni..dulu takde lah heran sangat pasal budget ni..tapi tahun ni mmg aku ternanti-nanti..sebab banyak pekara yang melibatkan diri kita sebagai pengguna antaranya kenaikan gaji, tax, petrol, pendidikan and etc.. dengar khabar gaji akan naik..dan semestinya akan effect perbelanjaan kita sebagai pengguna. naik gaji pokok means potongan kwsp aku akan naik jugak..hehe..silap-silap tersenarai sebagai warga yang layar membayar tax..gaji gov naik mungkin barang akan naik..dulu masa kecik2..karipap 5 ketul singgit..sekarang 3 ketul singgit..silap-silap esok 2 ketul singgit..kene lah aku uli tepung sendiri kalau kepingin nak makan karipap..=p..

Namun demikian kita kena la menghadapi kenyataan bahawa kos sara hidup memang semakin meningkat dan kita perlu menyimpan..Frankly aku adalah seorang yang tidak menyimpan duit. Nak kata beharta..aku hanya ada sebijik kereta yang agak susut nilai kalau dijual..silap-silap tak ada nilai..huhu..rumah dan tanah lagi la tak ada..

Mmg aku ada saving & insuran..tapi saving tu bukan untuk long term..kalau aku nak pakai..aku keluarkanlah duit saving aku tanpa fikir panjang..dengar khabar..harga emas kat k.pilah pun dah turun jadi rm130 segram..tangan pun dah gatal-gatal nak beli rantai seutas..lagipun duit mas kahwin tak digunakan lagi..

Pagi tadi tengok MHI..ada student medic lelaki buat bisness tudung..katanya wanita suka berbelanja..statement tu aku sokonglah..sbb aku pun suka berbelanja..then MHI pun ada bincang pasal merancang kewangan..katanya

  1. Dapat gaji terus simpan duit di akaun kecemasan. Minimum 10% daripada gaji. kalau gaji 1k. 100 wajib simpan..selepas simpan duit di akaun kecemasan barulah bayar hutang-hutang yang lain spt kereta & bill..anggaplah akaun kecemasan pun sebagai hutang untuk masa hadapan kita..
  2. Pakai kupon-kupon jimat dalam surat khabar. rm1 @ rm2 pun jimat jugak tu..
  3. Kalau peminat fast food. makan bila ada discount cthnya lunch saver
  4. Jangan guna Kad kredit. ini umpama gali lubang dan timbus balik
Ada lagi..tapi aku tak ingat lah..maklumlah..sebok tgk FB sambil tgk TV..(ekceli ni pun pembaziran..TV on..tapi tak tgk)

Jadi sempena budget 2012 tahun ni..sama-samalah kita merancang kewangan kita..aku pun rasa dah kena berjimat cermat ni..yerla tak tahu apa result budget tahun depan..yang pastinya impak tu tempias kepada kita juga..jadi simpanan lah yang menjamin masa depan kita..


Psss I luv u:: skang dah oct 2011..tak ape tak terlewat untuk berlatih berjimat..kt masih di tahun 2011..=p

Thursday, October 6, 2011

ujrah ptptn

aku tak paham sangat pasal ujrah ni..yang aku tahu..aku tak dapat convert ke 1%..aku dah register..tapi takde reply..akhirnya aku terlepas date nak convert..salah aku la sebab lalai..aku col..cust servis tu kata dah tutop 30 sep lepas..dan IC aku xde rekod untuk convert..maybe aku ada salah tekan kat mana-mana..sampai aku tak register..regret juga..2% beza tu...

aku tanya lah CS tu..kalau 1% ni..dia kira dari baki sekarang ke atau daripada asal? CS kata drp tahun 2008..dalam hati aku..mak ai..rugi 5k la aku kalau gitu..sebab dia kira drp 2008..padahal aku potong gaji drp awal thn 2008 kot sampai la skang..

regret tetap regret..aku pinjam rm24500.00 sampai jun 2008 campur caj pentadbiran aku jadi rm24,923.83.. sbb lepas belajo tak keje lagi dan tak minta penangguhan caj...sampai skang adalah dalam rm19k++ dengan caj pentadbiran rm46.++..

Kalau buat ujrah 1%..caj pentadbiran akan jadi rm20++ je..kira kalau kita bayar..mmg loan kita akan nampak pengurangannya dengan banyak..hati akan senang je..tp untuk kes aku..kalau aku buat ujrah ni..caj mmg akan jadi rm20++ dan tentunya sikit drp skang ni..tapi jumlahnya start drp 2008 plak ke??

tapi aku tak tau la aku rugi ke untung skang ni..huhu..yg aku tau..aku terlepas utk ujrah dan caj aku masih 3%..sekian wasalam..


Wednesday, October 5, 2011

Kepada Tanah Kita akan Kembali

erk..series je tajuk hari ni ea...ekceli nak bgtau i ni ialah seorang wanita berunsurkan tanah..ehem..kembang semangkuk gitu...

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

aku rasa..kalau laki aku baca ni..dia akan kasi pendapat supaya aku double check skali lagi no 1-5..btul ke x btol..


ni jawapan i la..utk diri i..ehem...

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
rendah diri: yer..sbb i rasa i ni serba kekurangan..semua tak pandai..
hormat: yer jugak kot..
patuh: tu mcm kureng sket..
setia:ya & sanggup bkorban pun ya jugak..(baik hati btol..kunun2 lah..)

2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
tak cerewet: ya..asal ok je
meninggi diri: tak..sbb aku rendah..
tak sombong: muka mcm bongkak..tp hati baik..
bukan pemarah: salah..cepat hangin..

3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
tenang diri: cpt panik
aman: aman kalau org tak kacau aku
memberi sokongan: ya..kalau aku rasa selamat tindakan tersebut

4) Tidak suka membantah atau membangkang
kdg kala suka juga

5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.
ni sumer ikut mood..huhu

Tuesday, October 4, 2011

Day 12

mak ai..dah day 12 dah rupanya..tapi xde plak susut badan i ni..craving for food adolah..today bawak bekal pi opis..air plak tertinggal..so jap lagi nak beli ayor kat cafe..nak wat keje sat lagik..hari ni berjanji nak siapkan reading..huhu..tapi mataku ini dah separuh tertutup..ngantuknya..

Friday, September 30, 2011

Day 8

Kembali bersiaran dengan topik diet i..
sushah juga nak diet tanpa bersenam ni..semalam study kat umah..boleh tahan juga la diet aku ni..maksud i..i tak boleh diet semalam..makan mee goreng..then dinner makan nasi..paham-paham je ler..

Hari ni ok..bfast tadi minum secawan nes..untuk mulakan hari dengan indah..dlm opis makan kueh raya..sambil-sambil download papaer/journal..muntah berdarah ahkak okeh..

Then i dapat pula news yang tak sangka..bagi i ini adalah peringatan & pengajaran utk i..

Aktiviti kemas rumah..haruslah ikut m00d..kalau rajin..insyaallah rumah akan bersih..buat masa ni m00d kemas rumah..suam-suam kuku..sampai cik Ti suka menziarah..susah juga nak kemas rumah ni..hnya yg pro je yg boleh buat..huhu..

Kehidupan rumah tangga mcm biasa..dah 5 bulan 1 hari dah i kawen..preggy masih belum ada rejeki..kalau u all tanya i kenapa i masih tak preggy..i akan ckp..sila tanya dengan Mrs 'rahim' i..kenapa dia tak mau senyawakan ovum Mrs S & sperm Mr S..kalau i sendiri yang tanya diri i..i akan ckp i beserah kepada Allah..semoga rezeki tu ada..=)

Kehidupan study..i boleh kata i ni mcm dah jadi 'domestic partner' ngan study i..& 'its complicated" harap sangat ok..dalam proses menguatkan LR..so i need to work hard on it..

Nota Kaki:: InsyaAllah..semua akan ok

Wednesday, September 28, 2011

Otak Jammed

Bukan otak2 kempas..tapi otak dlm tempurung ni..mcm weng2 plak aku rasa..balik je umah..mmg aku lupe pasal study..ekceli aku rasa kat umah..elok aku spend masa 1-2 jam untuk review apa2 yang patut..tapi penatlah kalau gitu..

8-5pm aku cuba utilize kan sepenuhnya utk study..tapi tetap rasa masa tak cukup..hari ni kepala sakit giler..sampai rasa give up nak study..tapi tahu yg banyak benda kene cover..maybe aku tak manage time aku betul2..eloknya aku bangun pagi utk reading..br release sket otak ni..

Tuesday, September 27, 2011

hati tenang & jiwa bergelora

hingat ni citer p.ramlee ke..jiwa bergelora sakan..mmg tengah dok 'getaq' ni..in the other words ialah takut..semalam i ke uni i..esok akan ke sana lagi..haruslah penat ok traveling ulang alik..prob still tak solve jugak..elok plak tersesat sana sini..i rasa i mcm dah nak hampir sewel..harap-harap i tak kene penyakit apa-apa..dah la tengah dok kalut2..boleh pula lupa jalan balik..

tetiba terhinggin plak nak membaking..huhu..yummy

Psss I luv u:: nak berubah menjadi lebih baik..