Monday, June 27, 2011

Kombinasi yang tidak OK..

Nak dijadikan cerita..Al-kisahnya..disebabkan kepercayaan i yang begitu menebal terhadap suami..maka sebelum laundry i tak terfikir untuk ::

-melakukan sebarang aktiviti spot check terhadap setiap helai pakaian suami..sama ada di kolar baju untuk memeriksa tanda-tanda lipstik atau tanda-tanda mencurigakan,
-melakukan sebarang aktiviti hidu-menghidu pakaian suami untuk memeriksa ada ke tidak bau-bauan wanita pada pakaian beliau,
-melakukan sebarang aktiviti belek membelek..serta seluk-menyeluk poket untuk check sebarang bil atau kertas..yerlah nak check..suami ada menyimpan nombor telefon awek-awek lain ke dalam poket seluarnya..

akibat daripada sikap kepercayaan ini..telah berlaku kombinasi berikut:
wallet (A) and hp (B)
+

Image from google
Mesin Basuh with air and sabun (C)

the 'tragedy equation' is below:
=======================
(A+B)*C= paham-paham je la apa jadik kat A dan B tu..

suami: mana ea wallet n hp abg?
me: mana abg letak?
suami: semalam abg pakai seluar biru..mana seluar 2?
me: er..(habislah i..kompom disekolahkan pas ni..hu..)


hp haruslah rosak..dah berpusing bagai..termasuklah wallet tersebut..bersama rm5..i rasa rm5 ni kesayangan hubby..rm5 lama..vantage omputeh kata..

iyolah..i careless..dulu mana la cek-cek poket bagai..biasanya basuh baju sendiri je..dan haruslah semua poket clear..kebetulan plak..seluarnya atas mesin basuh..so sangkaan ialah seluar tu memang nak dicuci dan poket tu kosong..i memang tak pernah cek..biasa sumbat je dalam mesin..rupa-rupanya ada di dalamnya..



Nota Kaki:: i'm speechless


No comments: