Wednesday, June 22, 2011

Aiskrim Malaysia & Nasi Lemak

Semalam punyalah panas..tgh syok baca paper..extract info bagai..tetiba terbayang2 nak mkn eskrem malaysia di kala tgh dok meniarap wat keje ni kan..dlm otak dok pikir kan bes dpt mkn aiskrem asam masin ke..milo ke..kacang ke..hoho..

Disebabkan xnak perasaan tu berulang lagi..mlm tadi buat la aiskrem milo..then mintak tlg hubby belikan asam masin ngan cordial asam masin atau oren..

Kordial asam masin..pelbagai brand ada di pasaran..ni yg hubby belikan..kalau x pakai pon xper..tapi kene banyak asam la..disebabkan nak buat sikit je..letak la kordial..


Asam masin merah

Hasilnya..ni buat dua jenis je..
Asam Masin & Milo..
dpt la dlm lebih kurang 10 batang..
boleh la buat sebagai bekalan utk 10 hari..


Resepi Ais Krem Malaysia Asam Masin
***********************************
Asam Masin
Cordial Asam Masin/Oren (ikut suka nak letak ke x..tapi kalau nak warna cantik dan rasa masam tu umph..letak ler)
gula secukupnya (kene over manis..kalau x..x sedap)

Method::
----------
Masak air dan gula. Kemudian masukkan cordial serta asam masin..tunggu sebatian sejuk kemudian bungkus dlm plastik eskrem atau bekas eskrem..

Resepi Ais Krem Malaysia Milo
***********************************
Milo
Susu Pekat
gula secukupnya (i letak gula..kalau letak susu je nanti rasa rerlalu creamy plak)

Method::
-----------
Buat macam air milo biasa..tunggu sebatian sejuk kemudian bungkus dlm plastik eskrem atau bekas eskrem..


Then minta hubby belikan sotong kering jugak utk buat nasi lemak bekfast hari pagi ni dan jugak merangkap lunch hubby..Buat nasi lemak ni sebab bnyak telur rebus hasil drp majlis bertandang sabtu lepas..rugi plak x habiskan..lega rasanya semua telur tu dah habis..kalau x terbayang-bayang nak buat aper..hoho

Nasi lemak ditabur bilis dan kacang..rupanya hubby x suka ditabur2 mcm ni..tapi dah tertabur..next time x wat style gini lagi la..kene asingkan..

Nama sambal ni ialah "Sambal Sotong Malu2"..kerana xnampak dimana sotongnya..


Resepi Nasi Lemak
***********************************
Beras
Daun Pandan
Garam sikit
Halia
Halba sikit
Serai
Santan

Method::
-----------
Masak nasi macam biasa..campurkan semua bahan-bahan di atas..then masak dlm rice cooker.


Resepi Sambal sotong
***********************************
Sotong kering (bersihkan & rendam semalaman)
Cili kering yang di blander (cili kering, bwg besar, bwg putih, halia, belacan)
bawang besar di racik
bawang putih di racik
asam keping
gula
garam

Method::
-----------
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau..
Masukkan cili kering blander..masak sehingga pecah minyak
masukkan sotong dan asam keping..biarkan seketika
Masukkan gula dan garam secukupnya...


Tema majlis bertandang i kaler hijau epal/pucuk pisang uoalls..kalau dok depan pokok..mmg x nampak mana pengantin..tenggelam gitu...but ramai kata kaler hijau ni cun..ehem..(i dah start perasan..=p)
18 jun 2011
N3 berbau masakan..so kene la tunjuk pic tgh makan beradap..=)



Psss I luv U::: sumer sudah selesai..tinggal study je ni..

No comments: