Thursday, August 11, 2011

Resepi Apam Tepung Beras

Semalam berbuka puasa lauk biasa-biasa je..tapi ada buat kuih apam tepung beras dan kemarin buat karipap..jadi juadah berbuka ada dua jenis kuih..hubby tak berapa suka karipap yang i buat..sebab penuh sangat dengan inti..family i suka yang penuh..next time kalau buat karipap i akan kurangkan inti..lain orang lain taste dia kan..

Buat apam tepung beras ni sebab ada lebih nasi sahur secawan..asik buang nasi je..membazir..kebetulan resepi ni pakai nasi..so boleh la try..lagi pun cuba nak pakai periuk multipurpose hadiah kahwin..elok mekar je apam ni..so buat masa ni tak perlulah i invest untuk beli periuk kukus trio tu lagi..as usual ni percubaan pertama..senang je buat apam ni..i follow myresepi.. next time ada nasi lebih..nak buat apam polkodot plak..rasanya sama je bahan-bahannya

Bahan-bahan
=========
1 cawan nasi
1 1/2 cawan air
1 suku cawan gula (apam ni manis..jd kalau kurangkan ke 1 cawan pun ok)
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis
kelapa parut digaul dengan garam

Method
======
Blend nasi dan air..dah lumat..masukkan gula dan blend sekali lagi(A)
satukan tepung gandum, tepung beras dan yis dalam satu bekas yang lain (B)
campurkan (A) ke dalam (B)..gaul sebati dan perap selama 3 jam atau lebih..
selepas perap, letakkan dalam acuan comel sehingga penuh (Supaya ia masak merekah)
kukus selama 15min
Hidangkan bersama kelapa parut.

1 comment:

Iyiana said...

cam best.. nak try la..