Tuesday, August 2, 2011

Resepi Donut Montel

eceh..blog i ni dah jadi macam blog memasak pula yer..saje je buat post ni..segala resepi yang i post ni semuanya mudah-mudah belaka..main campak-campak je..adun pakai tangan..tak payah pakai breadmaker..series..Donut ni first time i buat sorang-sorang..menjadi..lepas tu memang lembut dan gebu..

Bak kata suami:: tengok saiz donut nih..dah boleh agak dah saiz org yang buat donut ni..
me::hoho..(lazer..)..

Biasanya i tengok mak i buat je..tak sempat nak tengok step by step..bila nak belajar je..donut dah siap digoreng..ha..macam ne tuh..huhu...

Adunan donut ni boleh di variasikan tau..untuk berbuka semalam..sempat la buat dua jenis kuih hasil daripada adunan donut ni..

1 jenis ialah donut biasa..1 lagi letak inti rendang daging yang malam puasa pertama hari tu..so untuk puasa kedua ni..nampak gayanya memang kene berbuka dengan donut lagi..hee..tapi satu lagi nak buat kuih burger malaysia..letak sambal bilis dalam tu..

Baru tadi Mamafami buat donut letak inti kastard..boleh juga cuba ni..tapi i takda fresh milk..jadi tundalah hari lain plak..tak kan hari-hari makan donut..boring plak nanti..huhu..



Bahan-bahan
=========
2 biji ubi kentang rebus yang dilencek-lencek
tepung gandum (kene agak-agak la berapa nak letak..kalau letak lebih..keras jadinya)
1 senduk mentega (i pakai 1/4 butter..ni pun ikut suka)
garam sikit ditabur atas tepung
1/2 peket yis cap mauripan yang dikacau dalam 1/2 gelas air sejuk

Method
======
Masukkan kentang lencek dan butter ke dalam tepung..(digaul sebati guna tangan je)
Selepas sebati..masukkan sedikit garam..gaul lagi
kemudian masukkan 1/2gelas air sejuk yis..uli selama 10-15 min..
Perap dan bentukkan donut..boleh terus goreng guna api pelahan..

gula icing
========
Kisar gula kastor masukkan dalam bekas tertutup..masukkan donut yang siap digoreng dalam bekas tertutup tadi..kemudian boleh la di shake..so gula tadi akan menyaluti keseluruhan donut tadi..


Psss I luv U:: l0st

No comments: