Baru aku tahu, rupa-rupanya semangat belajar aku ni turun menurun daripada emak aku..Emak aku masih bekerja dengan PDRM..umur mak aku dah 55thn..nak pencen katanya 60tahun..mak ai..lamanya mak aku ni nak keje...Tapi bapak aku dah lama pencen sebab nak berehat..mungkin disebabkan kerja ayah aku ni shift & mak aku ni office hour..then we all ok shj asalkan abah happy..
Ok mak aku kena buat laporan kerja di Excel..sebelum ni dia buat di Microsoft Word.. table2 di word tu semua kena buat di excel dan bagi aku agak leceh la sebab kalau kita copy paste semua ke excel..sure cell tu kita kena ejas...begitu juga title and etc..leceh bagi yang tak tahu langsung guna excel..betul x?
Me: meh la kaklong tolong mak transfer drp word ke excel..nanti mak edit je isi nya
Mak: xnak lah..mak nak belajar buat sendiri
Me: wahh..
Aku selalu col mak aku..biasanya 2x sehari..kadang-kadang 3 x sehari (free)..lepas bangun tido, lunch hour, kul 6 ptg, kul 8 mlm)..bila aku col mak aku pukul 6ptg..dia masih lagi di office..rajin bebenor mak aku ni..aku tanya mak buat apa tak balik2 rumah lagi??mak aku cakap dia tengah taip minit mesyuarat..table minit mesyurat ni asyik lari je..hahha..sian mak aku..mana la rakan sekerja mak aku yang celik IT ni?? tapi aku tau..mesti mak aku yang offer diri nak buat..bila org nak tolong..dia xnak..eksennn kan
Semangat sungguh mak aku nak buat sendiri kan..walaupun dia akan mintak tolong kita ajar..siap bawak pen & kertas nak tulis step2 tu..then ini menyebabkan xada alasan untuk kita tak nak berusaha untuk belajar walaupun umur dah meningkat..lepas ni aku tak nak beri alasan tak nak study & xde mood untuk siapkan kerja aku =p
No comments:
Post a Comment