Ini ada sambungan pembelian cross trainer yg baru je kami guna beberapa kali..setiap hari aku buat mula-mula 5 min je..kemudian 10min dan kemudian now only 15 min satu hari..
Target nak buat straight 45min (untuk reduce weight)..tapi slow2 lah..sebab tak mahu drastik..nanti kejang otot aku..aku dah la plan for pregnancy..nanti over2 jadi lagi prob yang dulu..huhu
So far ok cross trainer ni x de la bising & teguh..buat 10 min pun aku dah berpeluh & termengah-mengah..sekarang dah jarang senam..tapi harap dapat reduce weight aku ni..
Kenapa aku beli dan tak pergi gym shj? kerana gym kat sini perlu bayar register dlm rm70 dan bulanan rm60..kos agak tinggi bagi aku ..Kalau aerobik kat tempat lain pula, bulanan rm60 juga..jadi sempena semangat juang aku dan suami nak kurus kan badan..kami decide untuk beli crosstrainer ni..dengan harapan dapat bersenam paling kurang pun 30min sehari..
Aerobik pun aktiviti menarik..tetapi jika tak mahu bayar bulanan..boleh bayar harian iaitu rm10 sekali masuk..tapi kat tempat aku diaorg buat time malam..malam susah bagi aku..sebab time tu mood datang nak buat kerja..dan tak bebaloi rm10 utk aerobik 40min..ahaha..berkira pula aku ni...tapi betul kan? elok pasang dvd aerobik..dan kita buat slow2..drp masuk aerobik kelas tapi terkial2 ikut tempo..
Jadi harap diet atkin dan bersenam ni konsisten...aku dah stop atkien bulan 10..sebab x kuat Iman..haha..ni nak start day 1 balik..makan pun kene jaga..no oily food but more vegi & fruity..just rebus & panggang.. Hari ni menu ikan cencaru panggang, sup sawi bebola ikan & air asam..meletupsss uoalss...
i suka baca blog kevin zahri..di bawah ni tips drp beliau supaya tak memberi alasan utuk tidak bersenam..nak tahu lanjut baca di blohg kevin zahri
1) Berhenti memberi alasan.
2) Fleksibel.
3) Curi masa.
4) Jadikan rutin.
5) Set gol anda.
6) Konsisten.
7) Gabungkan aktiviti.
8) Mulakan dengan perlahan.
No comments:
Post a Comment