Friday, November 11, 2011

Ber Aerobik

Berat badan dah naik 10kg..nampak gayanya dah back to normal..i dah subscribe aerobics rm50 sebanyak 12kali sebulan..every:

  • Monday (1730-1830)
  • Wednesday (2030-2130)
  • Friday(1730-1830)
Kemudian mengamalkan sauna..every day..hari aerobic..lepas aerobic la bersauna..kalau tak ada aerobic...every morning before mandi..

Sauna ni dah lama aku beli..aku letak dalam bilik study aku..sebab borink ok..duduk je dalam kotak tu..sambil termenung..sampai tak de idea nak menungkan apa..so hari tu..aku dengan bangganya..duduk dalam kotak tu..sambil pegang journal..wah...sedar tak sedar dah 30min..

Lepas habis bersauna..aku pun masuk bilik air..berlulur..then mandi..lepas mandi letak lotion..kadang-kadang malas bila lotion tak ada ditempat sepatutnya..hoho..ni nak amalkan balik..hee. kemudian wangi-wangian..ni kene lah... aku tak de la kemas sgt duduk rumah..rupa paras & keadaan rumah still serabai juga..hoho..


Sumber Pic:klik sini

ni aku beli tahun lepas..sebelum kawin..sebab di melaka tak tahu kat mana nak bersenam..


Sumber pic: google
aku mmg suka jenama ni..halus scrubnya..wangi tahan beberapa jam selepas mandi..pakai seminggu 2 kali

set syampu himalaya protein..masalah aku ni rambut gugur..bila pakai..kurang gugur..rambut cepat panjang..(minyak rambut sebelum mandi, syampu protein greasy hair, myk rambut dan myk rambut loss hair)

Lotion selepas mandi pakai hari-hari..sebab kulit akan kering bila umur meningkat..jadi keen moist kan..kalau ada yg vit E lagi bagus..tapi aku pakai ni..sbb bau wangi sikit..malam baru pakai tak ada bau..yg ada vit E and extra moisturizer

Body Mist selepas pemakaian lotion

set avon rejuvenate white..(toner, pencuci muka, moisturizer day & nite)-(Sumber pic: google)

Bedak miami..mmg gebu je kulit..boleh beli di cosway..(Sumber pic: google)
Letak bedak sikit kat muka..muka aku ni oily..kalau takut nak pakai bedak mcm ni..korang letak bedak baby pun ok..ada org tak suka pakai bedak foundation macam ni..

Sumber pic: google
Letaklah sikit lip gloss..kasi moist bibir..aku suka yang kaler..kalau u all tak suka..boleh pakai vasellin..



Aku ni bukannya cantik orangnya..tapi ini la asas yang kene ada..ada org siap pakai celak & maskara dalam rumah..tapi apa yang larat kita pakai la..tapi bila aku tgk post ni..byk plak chemical yg aku pakai..huhuh..ada produk yang tak ada chemical tak?

Friday, November 4, 2011

Sagu hati

Hamboi..lama beno aku tak updet..nak kata bz..agaklah..ditambah2 tak ada idea nak menulis..sbb idea dok urus hal study je..bulan depan dah genap setahun i reg..kiranya lagi 2 tahun..huu..adakah impian akan menjadi kenyataan? paper yg index pun xde lagik..so scary..

Dapat sagu hati drp hubby..sbb khidmat membasuh baju yg agak hambar..maklum lah mesin mengalami masalah teknikal..dah pulak tu sekarang musim ujan ni..malas nak membasuh baju..jd nak meningkatkan motivasi..dpt la mesin basuh baru..wee..dengan harapan kerja menjadi lebih mudah..& boleh la aku membesarkan badan..heee tQ darlink =)..

kemontelan i..menjadi2..

Psss I luv U:: Selamat Hari Raya Aidiladha..=)


Thursday, October 20, 2011

Tak Bebaloi Langsung

Aku kan pengguna VS..dan juga menjual VS..(klik sini untuk ke blog shop aku)..aku beli lah secara online guna perkhidmatan vsHUB..direct ke website Victoria Secret..sebelum aku decide nak pakai vshub ni..aku memang survey..so aku survey la kat internet..baca blog2 ni..semua kata bebaloi-baloi..murah la..bla..bla..dan sebagainya..semua kata murah..apasal aku rasa tak bebaloi langsung barang VS aku beli melalui VShub ni..huhu..maybe diaorg ni kaya-raya kot..ataupun pernah guna servis lain..tapi lagi mahal daripada vshub ni..ataupun barang-barang yang diaorg beli kat butik mmg berganda-ganda mahalnya..

Tapi dalam kes untuk barang aku ni..yang aku nak jual ni RM54 sebotol..tapi modal aku RM60 lebih untuk harga sebotol(skali shipment fee dan cost lain2 yang dicaj kepada barang aku..ni aku tak mintak insuran..postage standard) ..memang tak balik modal..nasib baik aku beli 5 botol..sekali ngan shipment kene rm300++..walaupun tak balik modal aku bayar juga lah..tengoklah nanti..sampai pintu aku..ada cost lagi ke tak..ini adalah sekadar percubaan aku untuk mencuba vshub ni...tak cuba tak tahu..nasib baik aku beli 5 botol je...kadang-kala aku rasa baik aku jual produk malaysia je..tak ada lah cost apa-apa..mudah dan senang je..hee..tapi nak buat macam mana..dah tersuka..ehem..


Buat VShub dan sesiapa..ini adalah pendapat peribadi saya sebagai pengguna yang berpendapatan sederhana..

Wednesday, October 19, 2011

Monday, October 17, 2011

Resepi Senang::Pastri Kastard dan Pastri Sosej Curry

Bukan aku yang uli pastri ni..ni memang beli yang dah siap..frozen pastry from 'Kawan'..senang je..nyahsejuk beku kan pastry ikut suhu bilik selama 10-20minit....hee..boleh la..hasil pembakaran yang sekata..baru dua kali..dua-dua kali aku bakar pastry ni..yang pertama Sosej curry puff dan kedua ialah custard puff..


Sosej Curry Puff

Resepi Sosej Puff
------------------
-Seketul Sosej Puff memerlukan dua keping pastry..
-pastry di atas dikehendaki menggunakan pisau untuk potong pangkah
-pastri dibawah jangan buat apa-apa...saya gunakan jenama kawan

Inti:
-sosej dipotong bulat
-bawang merah, bawang putih di mayang halus
-bancuhan serbuk kari pekat
-garam secukup rasa
-mayonis

method
*******
-goreng bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau
-masukkan bancuhan serbuk kari pekat
-masukkan sosej & masakkan sehingga sosej masak
-tutup api dan sejukkan
-selepas suam-suam, gaulkan dengan mayonis
-kemudian di letakkan diantara dua kepingan pastry puff tu..(yang potong pangkah di atas..yang tak buat apa2 di bawah lah)
-ambil garfu dan kelipkan keliling..kemudian bakar dalam oven. guna api atas bawah selama 20min. suhu 160-200 c..ikutlah..selalula jengok2 oven tu..kalau kembang garing kira ok lah..

Custard puff


Resepi Custard Puff
------------------
-Seketul Custard Puff memerlukan 2 keping pastry..kemudian dikerat dua..untuk mendapat bentuk yang cumel seperti atas..tak mahu potong dua pun boleh..tapi gedabak la sikit..kebetulan mmg aku ada 2 keping puff je..hoho
-di tengah-tengah pastry di atas dikehendaki menggunakan pisau untuk potong pangkah supaya ada la lubang nak letak kastard
-pastri dibawah jangan buat apa-apa...saya gunakan jenama kawan

Inti:
-susu ideal
-2 sudu tepung custard
-air sedikit
-gula secukup rasa


method pastry
**************
bakar pastry dalam oven. guna api atas bawah selama 20min. suhu 160-200 c..ikutlah..selalula jengok2 oven tu..kalau kembang garing kira ok lah..

method custard
***************
-masukkan susu, tepung kastard, air sedikit dan gula..kacau sebati
-letak atas api pelahan..kacau dan masak sehingga sebatian pekat..
-dah siap letak atas lubang yang dibuat atas pastry yang telah dibakar..
-kemudian boleh menjamu selera..




Psss I luv u:: nak cuba pelbagai jenis resepi lagi..=)

Thursday, October 13, 2011

Promote..Victoria's Secret Fantasies




Ni nak tumpang promote kat blog sendiri...hohoh...feel free to visit okeh..=D


Package Victoria's Fantasies Fragrance Body Mist with Hydrating Body Lotion

Price 2 items : RM 105 (exclude shipping) ~~ save RM3
Shipping 2 items: RM 7~~ save RM2
Total save: RM5











Saturday, October 8, 2011

review Belanjawan 2011

wah..macam aku follow je..haruslah aku follow part yang melibatkan diri aku..antaranya bonus 1/2 gaji..kenaikan gaji, boucer buku..syukur juga..tapi 1 off banyak sangat..isi rumah 500 macam tak dapat..sebab isi rumah tu campur pendapatan kan..tapi agak hampa bila tak dengar cerita mengenai gaji pensyarah..walaupun aku bukan pensyarah..maybe tangga gaji tu melibatkan semua la kot..termasuk pensyarah..maybe la

jadi nak buat apa dengan bonus ni sbb bukan tiap-tiap tahun kita dapat bonus sebulan gaji ye tak..tahun ni dapat..kira rezeki juga..half yang lepas aku guna untuk raya..half yang ni maybe aku guna untuk renew insuran kereta yang expired 3 dec ni la kot..see..macam mana la nak jimat..hoho...pusing-pusing bonus i pasti terguna untuk bill..hoho..boleh tak nak cuba simpan dalam bank je..tak pun nak rolling utk jual vinctoria secret..tp pulangan long term pula..