Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Sunday, July 21, 2013

Resepi Mudah: Kebab Daging Roti Pita





Comot sikit kebab yang disumbat oleh aku ni..ni usahasama laki bini..sebab hari ni tak buka dengan nasi..jadi teringin nak makan kebab..nak beli mesti tak kena dgn tekak aku(konon)..
Senang je buat kebab ni..perap je daging dgn rempah ratus yang kita suka kemudian grill dlm pemangang ajaib..hari ke 11 puasa ni kami suami isteri belum lagi membeli-belah kat pasar ramadhan..maklumlah suami keje petang & aku pula 'rajin' sgt nak menapak ke pasar ramadhan..jadi semua kuih & menu bebuka biasanya buat sendiri..buat sikit2 je..asal kenyang..rupa buruk xpe asalkan gerenti fresh, bhn berkualiti, terjamin bersih & sedap..ni ikut piawaian aku sendiri la..kalau ikut piawaian jabatan kesihatan xtahu la..haha

Hari ni hari sabtu so konon2 nak special sikit..tapi xdelah special pun..kalau special mestilah masak nasi tomato ke..nasi bukhari ke..laksa johor ke..haha..tapi menu kebab ni memang puas hati & mengenyangkan..tersandar lah jugak mak buyung & laki mak buyung ni lepas selesai solat manghrib..mee kari pun xlarat nak jamah..


Resepi Perapan daging untuk inti Kebab
==============
Daging batang pinang/daging burger (aku guna daging fresh)
serbuk kari
serbuk cili
garam
bawang tumbuk lumat
bawang putih tumbuk lumat
halia tumbuk lumat
sos tiram
sos cili
sos black paper
** perap 2-3 jam..

Resepi Inti Kebab
============
Daging perap
Carrot potong panjang
Timun di dadu
bawang besar di dadu
Bawang putih racik
Tomato di dadu

**Tumis bawang besar & bawang putih hingga naik bau
** masukkan daging perap & grill sampai masak
**masukkan timun & carrot
**angkat inti ke dalam pinggan & gaul dengan tomato dadu
**sumbat inti ke dalam roti pita yang telah digrill & dilapik salad..tuang mayo, sos cili lingam & sos lada hitam atas inti tu..


Sunday, July 14, 2013

Puasa Hari 4

Dah hari ke 4 aku berpuasa..Alhamdulillah..so far so good..tapi hari ni aku macam lapo ya amat..maybe malam sebelumnya aku makan banyak sangat nasi..then today berbuka dengan menu laksa sarawak & beberapa keping murtabak daging mini..hehe..beberapa tu aku rasa mau 6 keping jugak aku makan until i'm writting this post..Alhamdulillah..selera menjadi2..better macam ni drp tak ada selera kan?

Just nak update resepi laksa sarawak & mini Murtabak kulit popia..laksa serawak ni pakai pes sahaja..pemberian s.i.l..mereka holiday ke sarawak & beli pes laksa serawak hj manan..ini kali ke dua aku makan laksa serawak..kali pertama semasa open house officemate..tapi dah lama bebeno..tak igt dah mcm mana lah rasa nya..so kali ni buat je la..teringin juga nak rasa laksa serawak hj manan ni..tgk intenet semua kata sedap..suami i pun ckp sedap ok..i plak tertlalu kenyang mkn murtabak so tak tahu la nak kata laksa aku buat ni sedap ke x..sebab dalam otak dok pikir..mcm ni ke rasa laksa serawak sebetulnya..nampak gayanya aku kene holiday ke serawak lah..kasi pekena sekali laksa kat sana..br confident kot..hehe..

Resepi laksa serawak ni aku ambil di Myresepi (Klik)..aku olah lah untuk makan berdua..tapi nampak gayanya sahur ni makan laksa serawak & murtabak lagi..over budget potion..

A) Resepi Laksa Serawak:
Bahan Kuah
*****************************

  • suku pes laksa Sarawak Hj Manan
  • separuh santan kotak
  • 1 kiub pati ayam maggi
  • 1 sudu besar sos tiram
  • serai ketuk
  • Garam, gula & msg secukup rasa

Bahan Hiasan
***************

  • Bihun rebus
  • tauge
  • Daun sup
  • Limau kasturi
  • telur dadar potong bulat
  • Ayam goreng di carik
  • Udang rebus
  • sambal belacan
Method
======
Rebus udang & keluarkan, dalam air yang sama campurkan semua bahan kuah sehingga mendidih
kemudian hidang bihun bersama bahan hiasan tersebut..simple kan? pejam mata pun siap..tapi kene tumbuk sambal belacan la..kasi pedas2 masam sikit..

B) Resepi Mini Murtabak: (anggaran 10 keping)
Bahan Inti
*****************************
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Daun Kari
  • 3sudu serbuk kari
  • 1sudu serbuk kurma
  • 2 sudu cili serbuk
  • 3 biji Kentang
  • Daging
  • daun sup

Mehod
=====
-Tumis bawang besar, b.putih. campuran serbuk kari,kurma,cili serbuk hingga garing
-Tambah air, garam, gula & masukkan daging & kentang hingga empuk & kering akhir sekali tabur daun sup.

Penyediaan Murtabak
*****************
  • -Kulit popia saiz besar
  • -air untuk melekat
  • -3 biji telur
Method
=====
-4 sudu besar inti + 1 biji telur boleh dapat dalam 3 keping
-kemudian letak ditengah2 kulit popia..lipat macam murtabak & goreng minyak sikit atas kuali/pemangang ajaib..
-siap & sedia di makan dengan bawang sirap!

Murtabak ni intinya sediakan awal2 pun xpe..tapi yang melipat & menggorengnya aku serahkan pada laki aku..sebab ni first time buat murtabak sendiri..aku tukang leraikan kulit popia je..

Wednesday, June 19, 2013

Resepi Mudah: Nasi Tomato & Ayam Masak Merah

Mood over rajin hari ni..sebab suami puasa..aku tak puasa pun..tak berani nak puasa..sepatutnya aku try puasa half day kan..tgk larat ke tak..huhu.tapi pic nasi tomatonya takdok..sebab aku malas nak amik pic..nanti aku buat 2nd round & jika sempat aku ambil la..sangat simple dan mudah..yerla..hari-hari makan nasi putih je..habis idea nak masak apa..suami pula jenis tak kesah..keputusan nak masak apa kat tangan aku..sudahnya mmg selera sndiri..huhu..suami suka makan ikan..tapi aku prefer ayam & daging..tp daging frozen tadi kena beli 1kg..mintak half xleh plak..pelik bebeno...then makan ayam je lah..esok baru menu sotong..ikan bila pula?? hoho..

Senang je masak nasi tomato ni..aku siap makan dengan papadom & salad walaupun ada acar timun...ada tomato puri/sos tomato @ buah tomato dah boleh buat dah..yang penting letak garam atau perasa..kalau tak sama je lah mcm nasi putih..aku letak kiub ayam je senang, mudah & berasa..

1) Resepi Nasi Tomato
==============
2 put Beras biasa
1 btg serai di ketuk
1/2 biji bawang racik halus
Bunga Lawang & kayu manis
Minyak masak
Susu
1 Kiub ayam
tomato puri kimball 3 sudu..nak merah lagi letak lebih

Method
******
-Tumis Serai, Bawang, bunga lawang & kayu manis sampai wangi
-Masukkan air sikit, tomato puri, kiub ayam
-Dah larut, masukkan beras & gaul, kemudian tambah air & susu sikit ikut sukatan untuk masak nasi biasa



2) Resepi Ayam Masak Merah
==============

ayam digoreng dengan kunyit & garam
cili boh (cili blend bersama bwg putih)
serai ketuk
bwg merah potong bulat
sos cili
tomato puri/sos tomato
sos tiram
air sikit
gula, garam @ kiub ayam


Method
******
-Tumis cili hingga garing,
-Masukkan serai, sos cili, tomato puri, sos tiram, gula, garam/kiub ayam
-Masukkan air sikit ikut kepekatan yang nak
-Dah larut, ayam..tunggu ayam tu lembut & sebati dengan kuah then siappp

3) Resepi Acar Timun
==============

Timun racik
Lobak merah disagat panjang
Cili Api
Bawang racik separa bulat
gula
cuka


Method
******
-Campur semua
-Masukkan dlm peti ais



Saturday, January 19, 2013

Resepi Roti Bun Sosej Mudah

Ada readers bagi komen, dia cakap aku patut iklankan resepi2 yang aku post ni kat laman web "Mudah"..hahha..hamboi perli aku ka???

Teringin nak buat roti yang gebu2..tetapi apakan daya skill meroti masih lemah...sebab aku tak sukat..main agak2 je..huhuh..

Disebabkan beberapa bahan major buat bun roti ade then aku pun buat lah hari ni..tapi xsempat buat water roax..pakai yis & bread improver shj..xbersedia nak buat water roax..haha..x pandai..huuu

Bahan Doh
========
-Tepung gandum
-mentega cair
-garam
-gula
-bread improver
-1/2 cawan air suam campuran yis maurippan

Isi
=====
sosej rebus dipotong 3

Method
*********
-tepung, garam & gula digaul,
-kemudian masukan mentega cair dan dikacau rata
-masukkan air suam campuran yis dan diuli guna mixer selama 1/2 jam
-rehatkan selama 1 jam
-gentel tepung dan balut sosej
-boleh goreng @ bakar dalam oven 170 darjah 20 min

Roti bun sosej yang digoreng..kena api jaga api

Gona oven..lagi gebu sikit..

Friday, January 18, 2013

Resepi Muffin Pizza Mudah

Mini pizza atau muffin pizza ni aku buat tengah malam..lapo bukan main..nak kata lembut roti ni sejujurnya tak ada la lembut..sebab aku pakai mixer, kalau pakai BM sure lagi gebu kot..lepas tu tak menyempat nak menunggu dia naik..nak rehatkan doh serta nak tumbuk2 buang angin doh pizza ni..tapi makan masa panas memang lembut..skill buat roti aku ni kurenggg sikit..ni pic aku amik masa awal2..selepas masak x sempat nak amik pic..sbb siok makan smbil tgk raja lawak


Resepi Doh Muffin Pizza
==================
  • 3 cwn Tepung gandum
  • 1 sudu kecil bread improver
  • madu
  • gula
  • oregano
  • garam sikit
  • cincangan bwg putih
  • air suam maurippan yis
  • mentega sikit
Bahan Topping
=========
-sosej & meatball ditumis bersama bawang & bawang putih
-masukkan sos tomato & blackpaper sos
-garam & perasa

Method Doh
========
** Panas kan oven dulu 1/2jam sebelum 170 darjah
**campur semua bahan doh dan uli sehingga doh tidak melekat di bekas..aku just ejas2 je..kalau rasa keras sgt..tambah air..kalau lembik sgt tambah tepung..aku buat mcm doh karipap plak..haha..
**kemudian leperkan & letak dalam bekas muffin (bekas muffin lincirkan dgn mentega sikit)

Method Topping
============
**tumis semua dan letakkan garam& perasa pak aji
** selepas itu letakkan atas doh pizza..last sekali letak mayo di atasnya
** bakar dalam oven tu dalam 15-20min



Monday, January 14, 2013

Resepi Lulur Kopi Mudah

saja je nak buat lulur sendiri..kalau beli aku suka pakai lulur susu kambing puteri binari & susu beras..memang melekat baunya..tahan lama kat badan..harga pun murah biasanya RM12-RM15..sekarang famous lulur yang berunsurkan garam..tapi i tak try pun lagi..

  
Sumber Gambar: Google Image

RESEPI LULUR KOPI MUDAH
******************************

  • 3tbs Kopi yang dah digunakan
  • 1tbs Gula
  • 1tbs Minyak apa2 pun boleh..aku pakai myk masak bunga matahari ada VIT E okeh

jadi ini lah nisbahnya..tapi ikut nisbah sendiri lah..mcm aku badan besar..sukatan pun besar..ehem..so nak jimat myk..letak la air panas sikit just utk cairkan kopi je..selamat mencuba..

Sunday, December 30, 2012

Resepi Mudah: Ayam Blackpaper & Salad Kentang

Pemanggang Ajaib Menang Glassware..sekarang ada yang yang terbaru..lagi besar & dalam..tapi aku punya ni version lama punya..dah lama beli tapi tak berkesempatan nak guna lagi..betul testimoni kata..guna pemanggang ajaib ni mudah sungguh & ayam grill aku sungguh moist & x kering...

Hari ni aku buat ayam panggang blackpaper & Salad Kentang yang dimakan bersama bihun goreng malam tadi..haha..mmg berehat betul aku hari ahad ini..wink2...


Resepi Mudah 1: Ayam Panggang Blackpaper
==========================
-Perap ayam bersama sos blackpaper & sedikit madu..(aku perap sejam shj)
-Kemudian grill dlm pemanggang ajaib atau apa2 jenis pemanggang..api kene paling slow..kalau tak cepat hangus..huhu..


Resepi Mudah 2: Salad Kentang
==========================
-kentang dipotong & direbus sehingga empuk
-kentang empuk digaulkan dengan mayo, bawang, carrot, sedikit garam
-jika suka..boleh sejukkan & terus makan..

Friday, December 21, 2012

Resepi Mudah: Pizza

kitchen rumah aku dah pun selesai di reno..then i will back to post resepi2 mudah kat sini..ni first time buat pizza..sebab nak try mixer baru aku tu..ni kira merangkap testimoni mixer the baker yg aku beli o9 di groupon..so far ok la..x bunyi bising..tapi aku hanya guna untuk doh shj..

resepi pizza aku dpt drp myresepi..tetapi diolah ikut bahan yg ada & juga sebab aku tertuang myk banyak..huhu..nasib baik boleh makan..yang penting kena sediakan doh roti & sos pizza..then sebelum bakar just sapu sahaja mayo, kemudian sos pizza & bahan taburan


** Untuk doh pizza **
3 cawan tepung gandum
2 ulas bawang putih cincang
2st oregano
3 st yis segera
1/2 st garam
1 st gula
1st madu
4sb minyak masak
1/2 cwn air suam untuk menguli
1/2 cwn susu
==campur semua & uli dengan mixer===



** Untuk sos pizza **
bawang besar - cincang halus
bawang putih - cincang halus
cili boh
sos tomato (banyakan sebab nak sapu)
sos blackpaper
oregano
garam & perasa
hotdog
ayam
carrot
==tumis semua kemudian masukkan hotdog & ayam===


*Method**

-panaskan oven awal
-doh pizza di canaikan dlm dulang(aku just tenyeh2 rata)
-sapu mayonis
-sapu sos pizza
-tabur cheese
-bakar 20min suhu 200 darjah



Wednesday, December 28, 2011

Resepi Tauhu Bakar Sempoi


Malam-malam buta aku kepingin nak makan tauhu bakar..sebenarnya mmg daripada semalam lagi..hari ni konon2 nak diet..tak nak makan malam..tapi pukul 11.30mlm leh plak ayor liur meleleh2..ape lagi..aku buat la..rasa takde la sesedap kedai yang aku beli kat briani pohon sena..ntah ape ntah nama kedai tu..tapi boleh di upgred lagi..heee

Bahan-bahan
=========
tauhu di bakar dalam oven
timun dihiris
sengkuang dihiris
taugeh dicelur
kacang tanah yang digoreng dan ditumbuk kasar

sos tauhu bakar
===========
cili boh sesenduk..kalau nak pekat n pedas..letak banyak
gula melaka/enau sesedap rasa
bawang putih n bawang merah
belacan
garam sikit
gula pasir
cuka sikit
asam jawa

method
=====
rebus semua sekali sehingga lada masak..

Friday, December 23, 2011

Resepi Puding Roti Mudah

ha..over rajin..1 malam 2 entry i buat..selepas buat entry nasi minyak & jamu mak dara tadi..tetiba je perasan roti gardenia setengah buku tu expired hari esok..tak pernah buat roti puding bakar..susu cair pun ada..so apa kata eden torai je..boleh juga buat breakfast esok pagi..ehem..


Bahan-bahan puding roti
===============
susu cair 1/2 cawan
roti gardenia panjang tu 1/2
telur 2 biji
asen vanilla
gula

method::
-----------
-pukul telur, gula n susu cair sehingga sebati
-carik roti masuk dalam bekas sebatian di atas..rendam dalam 1/2 jam
-bakar suhu 180 darjah calcius sehingga kuning


Dah siap dah..suhu 180 darjah celcius..masa 20min..kejap je..sbb nipis..


Sebelum bakar..taburkan choc chips & almond..kismis nan ado..guna apa yg ado je la..


A slice of home made bread pudding by feresa..wee...=D

tapi..

tapi..

tapi..

-
-
-
tak lengkap kalau tak tambah 2x..bila dok pikir2..apa lah yg kureng ek..



Oh..sebab tak ader custard sauce..haha..so aku pun buat la sos kastard ni..sebab nak rasa mcm mana la sedapnya puding roti ni makan ngan sos kastard..

Resepi sos kastard::
============
susu tepung 5 sudu (susu cair dah habis)
air 1 cawan setengah
kastard 3 sudu
gula

method:
======
gaulkan sebati semua bahan atas api pelahan sehingga pekat



Psss:: mulai esok sy janji saya nak puasa malam..

Sunday, December 4, 2011

Resepi Nasi Dagang Mudah

Ni kali kedua masak nasi dagang dengan kari ikan tongkol dan juga acar timun..haruslah tak berapa nak sedap macam org profesional..tapi oklah untuk mewarnai hari ahad kami berdua..(wink2)..minggu ni tak balik kg..kerana minggu lepas dah balik dan minggu depan pun nak balik..jadi minggu ni relax kat rumah..

Ni dapat daripada Internet dan juga emak aku..so jadi campur resepinya..mmg mudah..tapi aku tak cekap lagi..hee..ni aku masak merangkap lunch sampai ke dinner..3 put nasi ok..lesu je sepanjang hari..sbb nasi dagang ni bersantan..tapi combine ngan kopi panas.mmg uomp!!

Malam tu..korang kenerendam beras nasi dagang ,rebus ikan tongkol dengan asam keping hingga lembut..dan boleh buat acar malam tu..so esoknya korang masak kejap je..

Nasi dagang
=========
-beras nasi dagang yang direndam semalaman
-santan 1/2 kotak
-halia
-halba
-bawang
-garam

~** method

1)kukus round pertama:: kukus beras sehingga separuh masak
2)kukus round kedua:: santan cair + halia+halba+bawang di gaulkan dengan nasi dagang separuh masak..jangan penuh2 letak campuran santan cair tu..just letak untuk lembap2kan beras je..
3) kukus round ketiga:: santan pekat+garam..digaulkan dengan nasi tadi..ni kejap je..sbb nasi tu dah masak..just nak kasi rasa lemak2..

Kari ikan tongkol
=============
-ikan tongkol
-cili boh
-jintan manis (kisar)
-ketumbar(kisar)
-halia(kisar)
-bawang putih(kisar)
-serbuk kari ikan
-garam
-cili api
-1/2 kotak santan
-gula/nisan


~*Method
=========

-tumis cili boh sampai naik minyak
-masukkan bahan kisar..tumis..
-kemudian masukkan serbuk kari..tumiskan..
-masukkan 1/2 kotak santan..masakkan..
-then masuk rebusan ikan tongkol bersama asam keping(-malam sebelumnya rebus ikan tongkol bersama asam keping..rebus sampai air kering kalau larat sampai tulang ikan lembut..aku kasi sampai air kering je)
-masukkan gula, cili api, garam

Acar Timun
=========
-Timun dimayang
-carrot dimayang
-bawang dimayang
-sikit cili api
-cuka
-gula

~**Method
===========
-campur semua, masukkan gula dan cuka..simpan dalam peti sejuk


Nasi Dagang Campak-campak namanya..
sebab semua bahan-bahan pakai lebur je dalam periuk..sebab tu aku kasi nama nasi dagang mudah..dan bukan nasi dagang terengganu..kerana nasi dagang terengganu sangat teliti nak memasaknya..



Monday, October 17, 2011

Resepi Senang::Pastri Kastard dan Pastri Sosej Curry

Bukan aku yang uli pastri ni..ni memang beli yang dah siap..frozen pastry from 'Kawan'..senang je..nyahsejuk beku kan pastry ikut suhu bilik selama 10-20minit....hee..boleh la..hasil pembakaran yang sekata..baru dua kali..dua-dua kali aku bakar pastry ni..yang pertama Sosej curry puff dan kedua ialah custard puff..


Sosej Curry Puff

Resepi Sosej Puff
------------------
-Seketul Sosej Puff memerlukan dua keping pastry..
-pastry di atas dikehendaki menggunakan pisau untuk potong pangkah
-pastri dibawah jangan buat apa-apa...saya gunakan jenama kawan

Inti:
-sosej dipotong bulat
-bawang merah, bawang putih di mayang halus
-bancuhan serbuk kari pekat
-garam secukup rasa
-mayonis

method
*******
-goreng bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau
-masukkan bancuhan serbuk kari pekat
-masukkan sosej & masakkan sehingga sosej masak
-tutup api dan sejukkan
-selepas suam-suam, gaulkan dengan mayonis
-kemudian di letakkan diantara dua kepingan pastry puff tu..(yang potong pangkah di atas..yang tak buat apa2 di bawah lah)
-ambil garfu dan kelipkan keliling..kemudian bakar dalam oven. guna api atas bawah selama 20min. suhu 160-200 c..ikutlah..selalula jengok2 oven tu..kalau kembang garing kira ok lah..

Custard puff


Resepi Custard Puff
------------------
-Seketul Custard Puff memerlukan 2 keping pastry..kemudian dikerat dua..untuk mendapat bentuk yang cumel seperti atas..tak mahu potong dua pun boleh..tapi gedabak la sikit..kebetulan mmg aku ada 2 keping puff je..hoho
-di tengah-tengah pastry di atas dikehendaki menggunakan pisau untuk potong pangkah supaya ada la lubang nak letak kastard
-pastri dibawah jangan buat apa-apa...saya gunakan jenama kawan

Inti:
-susu ideal
-2 sudu tepung custard
-air sedikit
-gula secukup rasa


method pastry
**************
bakar pastry dalam oven. guna api atas bawah selama 20min. suhu 160-200 c..ikutlah..selalula jengok2 oven tu..kalau kembang garing kira ok lah..

method custard
***************
-masukkan susu, tepung kastard, air sedikit dan gula..kacau sebati
-letak atas api pelahan..kacau dan masak sehingga sebatian pekat..
-dah siap letak atas lubang yang dibuat atas pastry yang telah dibakar..
-kemudian boleh menjamu selera..




Psss I luv u:: nak cuba pelbagai jenis resepi lagi..=)

Thursday, August 11, 2011

Resepi Apam Tepung Beras

Semalam berbuka puasa lauk biasa-biasa je..tapi ada buat kuih apam tepung beras dan kemarin buat karipap..jadi juadah berbuka ada dua jenis kuih..hubby tak berapa suka karipap yang i buat..sebab penuh sangat dengan inti..family i suka yang penuh..next time kalau buat karipap i akan kurangkan inti..lain orang lain taste dia kan..

Buat apam tepung beras ni sebab ada lebih nasi sahur secawan..asik buang nasi je..membazir..kebetulan resepi ni pakai nasi..so boleh la try..lagi pun cuba nak pakai periuk multipurpose hadiah kahwin..elok mekar je apam ni..so buat masa ni tak perlulah i invest untuk beli periuk kukus trio tu lagi..as usual ni percubaan pertama..senang je buat apam ni..i follow myresepi.. next time ada nasi lebih..nak buat apam polkodot plak..rasanya sama je bahan-bahannya

Bahan-bahan
=========
1 cawan nasi
1 1/2 cawan air
1 suku cawan gula (apam ni manis..jd kalau kurangkan ke 1 cawan pun ok)
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis
kelapa parut digaul dengan garam

Method
======
Blend nasi dan air..dah lumat..masukkan gula dan blend sekali lagi(A)
satukan tepung gandum, tepung beras dan yis dalam satu bekas yang lain (B)
campurkan (A) ke dalam (B)..gaul sebati dan perap selama 3 jam atau lebih..
selepas perap, letakkan dalam acuan comel sehingga penuh (Supaya ia masak merekah)
kukus selama 15min
Hidangkan bersama kelapa parut.

Tuesday, August 2, 2011

Resepi Donut Montel

eceh..blog i ni dah jadi macam blog memasak pula yer..saje je buat post ni..segala resepi yang i post ni semuanya mudah-mudah belaka..main campak-campak je..adun pakai tangan..tak payah pakai breadmaker..series..Donut ni first time i buat sorang-sorang..menjadi..lepas tu memang lembut dan gebu..

Bak kata suami:: tengok saiz donut nih..dah boleh agak dah saiz org yang buat donut ni..
me::hoho..(lazer..)..

Biasanya i tengok mak i buat je..tak sempat nak tengok step by step..bila nak belajar je..donut dah siap digoreng..ha..macam ne tuh..huhu...

Adunan donut ni boleh di variasikan tau..untuk berbuka semalam..sempat la buat dua jenis kuih hasil daripada adunan donut ni..

1 jenis ialah donut biasa..1 lagi letak inti rendang daging yang malam puasa pertama hari tu..so untuk puasa kedua ni..nampak gayanya memang kene berbuka dengan donut lagi..hee..tapi satu lagi nak buat kuih burger malaysia..letak sambal bilis dalam tu..

Baru tadi Mamafami buat donut letak inti kastard..boleh juga cuba ni..tapi i takda fresh milk..jadi tundalah hari lain plak..tak kan hari-hari makan donut..boring plak nanti..huhu..



Bahan-bahan
=========
2 biji ubi kentang rebus yang dilencek-lencek
tepung gandum (kene agak-agak la berapa nak letak..kalau letak lebih..keras jadinya)
1 senduk mentega (i pakai 1/4 butter..ni pun ikut suka)
garam sikit ditabur atas tepung
1/2 peket yis cap mauripan yang dikacau dalam 1/2 gelas air sejuk

Method
======
Masukkan kentang lencek dan butter ke dalam tepung..(digaul sebati guna tangan je)
Selepas sebati..masukkan sedikit garam..gaul lagi
kemudian masukkan 1/2gelas air sejuk yis..uli selama 10-15 min..
Perap dan bentukkan donut..boleh terus goreng guna api pelahan..

gula icing
========
Kisar gula kastor masukkan dalam bekas tertutup..masukkan donut yang siap digoreng dalam bekas tertutup tadi..kemudian boleh la di shake..so gula tadi akan menyaluti keseluruhan donut tadi..


Psss I luv U:: l0st

Monday, August 1, 2011

Resepi Rendang Daging


Salam Ramadhan Al-Mubarak..syukur dapat juga berpuasa hari ni..berdua plak tu..dan sempat berterawih di masjid..biasa puasa pertama i akan berpuasa ngan family kat kg..tapi kali ni di rumah sendiri plak bersama hubby..minggu ni baru balik kg..berbuka di seremban & kl..adilkan..


Biasanya malam Ramadhan..kami akan makan rendang dan lemang..tapi sini susah juga nak cari lemang..so i masak rendang makan ngan nasi & roti untuk bersahur pagi tadi..resepi di ambil di sini..telah pun di adaptasi..memang sedap & ada rupa..tapi teringin nak mkn rendang mak sendiri..pedas melatop ok..yang ni tak pedas sangat..sebab tak pakai cili api..pakai cili kering je..


Bahan Kisar
===========

2 batang serai
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
20 batang cili giling

bahan-bahan lain
===========
1/2 kg daging
sepeket kurma kecil
1/2 paket santan
3 sudu kerisik
hirisan daun kunyit dan daun limau purut
gula,garam kasar

method
======
-tumis bahan kisar hingga naik bau.
-masukkan rempah kurma hingga naik bau/garing
-masukkan daging hingga lembut
-masukkan santan tunggu daging empuk lagi dan santan masak (keringkan kuah)
-bila nak siap, masukkan kerisik, hirisan daun kunyit dan daun limau purut
-sedia untuk dihidang


Psss I luv U:: Alhamdullilah..=)





Friday, July 29, 2011

Resepi Kek Batik Crunchy..

Agaknya akibat kegagalan harimau malaya menentang singapura malam tadi..suamiku mungkin agak frust dan bermogok..tapi ini mogok lain macam sikit la..biasa dengar org mogok tak makan..tapi ni bukan mogok tak nak makan..tapi mogok nak makan..tapi aku pun join sekali la..yerlah..sendiri masak tak kan tak nak makan kan..hoho..supper malam tadi makan cucur cempedak dan juga kek batik..memang tak penah goreng cucur cempedak..kek batik pun buat dengan adik no 3 je..biasa dia je yang buat..aku tolong patahkan biskut je..

aku xde la pandai buat kek batik..tapi hentam je lah..penah buat kek batik..tapi coraknya tak macam batik..tak berapa cantik layer dia..tapi moto aku..'asal boleh makan'..

resepi
=====

biskut merrie 1 pek (guna 2 row je..)
susu pekat hampir 1 tin
milo 1 pack kecil
serbuk koko 1 senduk
butturcup 1/2

method
======
-pecahkan biskut merrie kepada dua keping..xmau pun xpe..ikut je nak buat macam mana..tapi yang penting ada biskut..
-dalam kuali..cairkan butter
-selepas butter cair, masukkan susu tin, milo, koko
-kacau sebati
-tutup api dan masukkan biskut..dah sebati biskut n kuah choc tersebut letak dlm loyang atau bekas..mampatkan dalam bekas..guna sudip untuk mampatkan kek batik ni..

ok kenapa nama resepi ni crunchy..sebab biskutnya tak lembik..sebab tak letak air dan terus tutup api bila kuah choc tu siap..so kalau korang nak buat..letakla air biar lembut sket biskut..resepi kat inet letak gula, telur...tapi i tak letak..pic tak upload..maleh nak upload..sebab tak cantik..haha..


psss i luv u:: Salam Ramadhan Al-mubarak..tahun lepas solo..tahun ini berdua..tp mugkinkah terus bertiga?? Ameen..

Monday, July 25, 2011

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak

my first ikan patin masak tempoyak

Biasalah..dah kawen ni kene belaja pelbagai jenis menu..haruslah i x pandai masak..ni 1st time masak..nampak daripada warnanya..macam menjadi..tapi rasanya tak macam orang profesional yang masak..hee..tak tahu apa yang kurang..senang je masak menu ni..tapi haruslah ada tempoyak

bahan tumbuk
===========
bawang merah
lada api
halia
lengkuas

bahan lain
========
ikan patin
tempoyak
asam keping
garam
bunga kantan
serai (tak dimasukkan sebab tak ada stok)
daun kesum


method:
======

Dalam periuk letak air, tempoyak dan bahan tumbuk (gaul rata semua bahan..ikut suka la nak letak berapa banyak air dan tempoyak..kalau nak pekat kurangkan air dan lebih kan tempoyak)

kemudian didihkan bahan-bahan tadi atas api..bila air dah mendidih..masukkan ikan, bunga kantan, asam keping, garam..didihkan sampai la ikan masak..kemudian siap..


tak tahu la sedap ke tak..tapi i lagi suka mak i masak..wink wink..


psss i luv u:: jodoh pertemuan, ajal maut ditangan Allah

Wednesday, June 22, 2011

Aiskrim Malaysia & Nasi Lemak

Semalam punyalah panas..tgh syok baca paper..extract info bagai..tetiba terbayang2 nak mkn eskrem malaysia di kala tgh dok meniarap wat keje ni kan..dlm otak dok pikir kan bes dpt mkn aiskrem asam masin ke..milo ke..kacang ke..hoho..

Disebabkan xnak perasaan tu berulang lagi..mlm tadi buat la aiskrem milo..then mintak tlg hubby belikan asam masin ngan cordial asam masin atau oren..

Kordial asam masin..pelbagai brand ada di pasaran..ni yg hubby belikan..kalau x pakai pon xper..tapi kene banyak asam la..disebabkan nak buat sikit je..letak la kordial..


Asam masin merah

Hasilnya..ni buat dua jenis je..
Asam Masin & Milo..
dpt la dlm lebih kurang 10 batang..
boleh la buat sebagai bekalan utk 10 hari..


Resepi Ais Krem Malaysia Asam Masin
***********************************
Asam Masin
Cordial Asam Masin/Oren (ikut suka nak letak ke x..tapi kalau nak warna cantik dan rasa masam tu umph..letak ler)
gula secukupnya (kene over manis..kalau x..x sedap)

Method::
----------
Masak air dan gula. Kemudian masukkan cordial serta asam masin..tunggu sebatian sejuk kemudian bungkus dlm plastik eskrem atau bekas eskrem..

Resepi Ais Krem Malaysia Milo
***********************************
Milo
Susu Pekat
gula secukupnya (i letak gula..kalau letak susu je nanti rasa rerlalu creamy plak)

Method::
-----------
Buat macam air milo biasa..tunggu sebatian sejuk kemudian bungkus dlm plastik eskrem atau bekas eskrem..


Then minta hubby belikan sotong kering jugak utk buat nasi lemak bekfast hari pagi ni dan jugak merangkap lunch hubby..Buat nasi lemak ni sebab bnyak telur rebus hasil drp majlis bertandang sabtu lepas..rugi plak x habiskan..lega rasanya semua telur tu dah habis..kalau x terbayang-bayang nak buat aper..hoho

Nasi lemak ditabur bilis dan kacang..rupanya hubby x suka ditabur2 mcm ni..tapi dah tertabur..next time x wat style gini lagi la..kene asingkan..

Nama sambal ni ialah "Sambal Sotong Malu2"..kerana xnampak dimana sotongnya..


Resepi Nasi Lemak
***********************************
Beras
Daun Pandan
Garam sikit
Halia
Halba sikit
Serai
Santan

Method::
-----------
Masak nasi macam biasa..campurkan semua bahan-bahan di atas..then masak dlm rice cooker.


Resepi Sambal sotong
***********************************
Sotong kering (bersihkan & rendam semalaman)
Cili kering yang di blander (cili kering, bwg besar, bwg putih, halia, belacan)
bawang besar di racik
bawang putih di racik
asam keping
gula
garam

Method::
-----------
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau..
Masukkan cili kering blander..masak sehingga pecah minyak
masukkan sotong dan asam keping..biarkan seketika
Masukkan gula dan garam secukupnya...


Tema majlis bertandang i kaler hijau epal/pucuk pisang uoalls..kalau dok depan pokok..mmg x nampak mana pengantin..tenggelam gitu...but ramai kata kaler hijau ni cun..ehem..(i dah start perasan..=p)
18 jun 2011
N3 berbau masakan..so kene la tunjuk pic tgh makan beradap..=)



Psss I luv U::: sumer sudah selesai..tinggal study je ni..