Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Friday, August 15, 2014

Cerita Aidilfitri 2014

Tahun ni cerita raya ada cerita best dan ada yang tak best...yang bestnya tahun pertama beraya bersama cahaya mata kami..i pakai baju sedondon dgn sofea uoalss..tempah RM10 je..huu..tapi pakai pun kejap je..biasa lah baby bukan reti duduk diam..pakai kain terselak sana sini..tambah pulak sifat sofea ni suka buat show acrobatic..

Hari ni sofea sudah 10 Bulan 13 Hari..Progress sofea: Mengesot, merangkak dua tiga langkah, berdiri dgn bantuan, membebel, tepuk tangan & goyang badan bila dgr lagu, bubling nyanyi sama2..tunjuk 1 and tunjuk 2 jari (peace yoo)..

I know progress baby lain2..so aku tak risau sangat..tapi ada org yg begitu caring pasal baby aku sorang ni..lambat berjalan kan..lepas tu menakut-nakutkan kita..tapi sofea just 10 months old..still bwh 2thn..ada yang anak cepat berjalan..bangga ckp..anak2nya semuaaaa cepat bjalan..anak kita konon lambat sgt..anak masalah lah..bla..bla..bla...sabo je lah..bukannya nak menyedapkan hati kita..menakut-nakutkan kita ada lah..itula org kita...dr lambat kawin kata kt ni xlaku..dpt lambat ank kata kt mandul..ank lmbat bjln pun diaorg ada masalah..lps ni apo lagi lah...

Bad news..masa sofea genap 10 bln my princess ni kena air panas di pegelangan tangannya..mmg kecuaian aku sbb biar dia pergi kat termos tu..aku igt air tak keluar kalau tonggeng..sedih sgt bila tgk luka tu mengelembung & berparut..cuai sgt aku ni..so lps ni alert xkan bg sofea main apa2 yang bahaya..walaupun nampak selamat..

Nampak x..senyum laki aku tu..lebo kemain..yela..raya belah dia kan..ni kat kuala kangsar...
3 of Us..eh..3&12weeks of us..=)

Tuesday, August 28, 2012

switch on the Study M00d pls..

sem baru bakal dibuka next week..puasa n raya aku tahun ni memang sungguh fully relax & utilize..pic raya ada dlm kamera..malas nak cr transfer..nanti aku update la post ni..
Tahun ni raye..kiri kanan org citer pasal anak dlm kandungan..me? hanya bawak perut boyot penuh lemak je..ada juga sedara mertua yang tak tahu aku ni baru miscarriage..siap tanya soklan cepu emas "dah ada ke belum?"..jawapan i..sengih terkulat-kulat je lah..baru sekarang aku rasa kegagalan yang teramat....gagal buat anak..huu..menyebabkan aku pikir nak berusaha untuk hamil lepas study je..

jadi mood nak start over study tu memerlukan kekuatan mental yang jitu..huahua..banyak benda nak kena buat..harap2 cita2 termakbul ok..=)

Thursday, August 16, 2012

Raya Aidilfitri Tahun ke 2 Perkahwinan

Selepas mengharungi babak kekecewaan..aku tak kira..tahun ni aku nak raya happy-happy..setiap tahun pun happy..tapi tahun ni lain sikit..macam nak lupakan kisah DnC aku..

Aku soping tak sangat lah..aku ada 2 pasang baju baru dan yang lain-lain pakai baju lama..kasut baru dan contact lense 2 jenis aku beli..wah..over..lepas tu aku dah siap-siap packing baju raya aku n suami..semua dah siap gosok semalam..

Biasanya aku main lipat je..tak ada gosok-gosok ni..saja taknak penat-penat tunggu turn nak gosok baju kot..yang pastinya aku nak happy n ceria tapi apakan daya Aidilfitri ini kami masih berdua..

Monday, September 12, 2011

Hari Raya Aidilfitri

Ok..mungkin agak basi becerita mengenai hari raya aidilfitri..tak ada apa nak citer..maklumlah duduk rumah je..tak bergaul..buat hal sendiri je..sedih plak bila memikirkan keadaan aku macam kera sumbang..minda tak berkembang..otak buntu..hati & minda dah mula celaru..
Walaupun berstatus wanita bekerjaya..namun demikian, disebabkan memerap di rumah je membuatkan kepala menjadi semakin dump..bebal pun ada juga..maka tak tahu nak post apa..

Yerlah..takkan nak tunjuk resepi-resepi seharian aku..memasak pun ala kadar sahaja..tak macam orang lain memasak punyalah hebat..sehingga ingredient nya pun aku tak dapat nak bayangkan macam mana rupa..nama pun pelik..Lagipun ini bukan blog memasak..ini adalah blog untuk menceriakan hidup aku..supaya aku boleh berkongsi apa yang aku buat dan aku boleh bagitahu kepada kamu semua apa yang aku buat..tapi skang ni duduk rumah sahaja dan tak mungkin aku nak cerita kisah sensored di sini..oh tidak..hoho

Aku tak suka kehidupan yang malar je..hidup ni kena ada variasi..rutin-rutin kehidupan aku ni dah jadi biasa je..aku nak aktiviti aku penuh dengan pekara-pekara yang berlainan..nampaklah sikit aku menghargai kehidupan..dah tua nanti tak mampu nak buat semua pekara dalam satu hari..

Alhamdulillah tahun ni bekesempatan juga menjemput rakan-rakan beraya di rumah...menu pun sikit je..mee kuah, agar-agar, salad buah dan kuih raya..aku akui ada kawan-kawan tak sempat nak aku jemput..tapi sape-sape nak datang beraya..sangat la di alu-alukan datang..tahun depan ada rezeki & kudrat lagi InsyaAllah akan cuba buat lagi..kalau dapat buat lagi tahun hadapan akan cuba lebih teratur dan semua kawan-kawan aku dapat hadir..pic pun x ade..sebab charger kamera tak tahu letak mana..kalau tak dah boleh tempek sekeping kat sini kan..

pss I luv u:: -risau2-



Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya

Dulu raya as single..kini raya berdua..masih belum lagi bertiga..frust ok..hoho..konon-konon i berangan nak bertiga..tapi masih belum ada rezeki..tapi sakitnya hati bila ada yang kata perangai i ni masih belum sedia nak jadi ibu..sebab tulah tak dapat baby lagi..kawin baru nak masuk 4 bulan..tapi dah ada bunyi-bunyi macam ni..belum lagi setahun, 2 tahun, 3 tahun..& seterusnya..maybe sekarang i dikatakan tak bersedia..kalau lama-lama lagi..nanti i plak dipersalahkan..xsk ok..so i just enjoy je dengan mylife right now..

Dulu single org sebok nak tanya bila nak kawin..skang ni..soklan tipikal..'bila nak dapat anak'..kalau lah i boleh beli anak..mmg dah lama i beli ok..kompom x mtk discount....

Anyway..Selamat Hari Raya Aidilfitri..dikesempatan ini..saya mohon kemaafaan di atas segalanya..raye haruslah ceria-ceria sokmo dan syukuri segala nikmatnya...


Pss I luv u:: balik kg hari ni..(lompat bintang 4x)..