Wednesday, March 28, 2012

Monday, March 26, 2012

TABITA

Kejap lagi nak try product skin care drp indonesia..namanya TABITA..tgk testimonial mcm bes je..tak sabar-sabar aku nak salin kulit..harap2 kulit aku ni tak sensitif ler..tapi sementara nak tunggu kulit cantik..khabarnya..amatlah memeritkan..aku nak nampak glowing time wedding adik aku nnti..ehem..tapi before wedding jgn tkejut kalau nampak muka aku kulit bersisik..oh yer..aku beli dengan peej..sila la pergi ke blognya kalau nak order..dia pun jual murah..dan jual regular pakej..

Kalau muka aku ok aku plan nak jual juga..boleh la cover maintenance muka aku ni..hahha..tapi tak tahu la boleh dpt murah ke x..aku nak cari esklusive set..boleh tahan lama hinga 4 bulan...sebab jiran2 aku ni ramai student bandung,indonesia ..hoho..bolehlah aku kirim 1 set..nanti dah naik kerja..minta tolong student yang duduk sana pula..ehem..=p


Psss i luv u:: mlm ni nak diet..tapi lapo yg amat..sampai pening2 kepala aku..huhuh

Thursday, March 22, 2012

Nan Ado

yuhooo..as usual..lamanya tak update..bukan tak jengok langsung rumah ni..tapi tak tahu nak post apa..kerana rutin ku sama sahaja..tido,makan,buat kerja,nonton tv..itu jelah..ok tgk wedding timeline kat sebelah..dah almost 11months..masih belum mengandung and i dah feeling2 not complete as a married woman..tiada siapa yang bertanya "dah anak berapa", "bila mengandung" and etc..

Kenapa tak ada org tanya ek..sebabnya..hidup aku sekarang hanya memerap di dalam rumah..memang tak bagus utk emosi..tambahan pula bila tiada motivasion mengenai preggy ni melainkan emak sendiri..

Perasaan sekarang sgt menghampakan..jadi aku mengambil inisiatif positive and buat apa yang aku suka dan tak nak risau tak tentu pasal..aku pecaya semua sudah ditetapkan..dulu aku risau juga tak kawin..now i'm married..jadi semua ni kuasa Allah..dulu i tot senang je nak mengandung selepas kawin sebulan dua..tapi now i boleh cakap ini takdir Allah..jadi kena lah redha..i nak cek doc nanti..nak kena juga usaha mencari puncanya..mana tahu kalau dah consult doc mudah nak mengandung..

aku jugak ada berurut 2x..tapi bukan dengan bidan kampung bersalin..akak ni kata dia ada urut org n org tu preggy..so bila aku urut..akak tu kata rahim aku jatuh..macam pelik juga..huhu..sebab adik aku askar pun rahimnya tak jatuh..lepas tu aku tak pergi dah..aku pun tak paham..kali pertama dia kata peranakan aku jatuh..dia urut..lepas tu aku pi kali kedua pun dia ckp yang sama juga..kalau korang ada contact bidan yang pandai..boleh la share dengan aku yer..

Buat masa ni..apa yang aku amalkan:

1)folic asid
2)jus bidadari (baru mula belum habis sebotol)
2)multivitamin
3)B complex
4)susu kambing hi-goat
5)susu anmum meterna

suami pula:
1)susu kambing
2)jus khaira (baru mula juga)
3)B complex


banyak ek aku makan..merepek2 je..kalau mak aku tau sure bising..


Pss I luv U: siapa kata tak kesah..its up to Qada' & Qadar..kalau aku nekad..aku tak toleh belakang..yang kenal aku tau la perangai aku ni macam mana..luaran je lembik..hatiku sekeras konkrit..cewah..hee

Saturday, February 11, 2012

Thursday, January 26, 2012

Resepi Mudah: Muffin Vanilla Choc Chips Kenny Rogers

Semua mudah..sampai pelawat blog aku ni suruh aku iklankan resepi dlm blog ni kat mudah.my sbb ia mudah..tp bukan ciptaan aku..ia mudah sebab rujuk blog pakar yang lain..jd memang lah mudah..kalau aku yg cipta dah kompom dpt phd...hoho


Resepinya di ambil di sini::: my resepi.. tapi biasalah kene ada perubahan sikit..sbb ada bahan yg xde dalam rumah ni..resepi asal utk 24biji muffin..tapi i buat half adunan..

Bahan-bahan ( 1 dozen muffin )

4 tbsp mentega, dicairkan ==tukar kepada butter
2 cawan tepung
1 cawan gula== manis sgt..perlu kurangkan lain kali
1 cawan susu segar ==guna 5 sudu tepung fernleaf penuh cream
2 tbsp baking powder
1/2 tsp garam
1 biji telur
1/2 tbsp esen vanilla

Cara-cara
=======
1.Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
2.Isikan adunan tadi kedalam bekas muffin.
3.Bakar selama 20minit/180C.

Tak payah susah2 nak beli kat kedai..ada telur..ada butter dah dpt 11 ketul..ekceli ramuan utk 12 ketul..tp aku isi penuh2 supaya ia naik mengunung mcm ni..boleh tahan 3 hari tau..aku letak je dlm oven..sape nak mkn panaskan kejap then boleh la makan..isi maintain gebu.cuma atas tu jd over rangup kalau byk kali panas kan..


Tuesday, January 17, 2012

Resepi Mudah Choclate Chips Muffin



Buat muffin malam-malam buta ni hari tu..baru sekarang nak resepi?? sila klik di sini..resepi drp blog mamafami mmg senang & kompom menjadi....kacau2..pastu letak penuh2 dalam cup..bila bakar mmg naik montel..dulu selalu letak halfcup je..konon2 akan naik..tapi biasanya akan cukup2 cup je..kalau nak buat deco..mmg letak half cup je..tapi i x pandai deco..mkn mcm ni pun ok..bes..mkn masa hujan2..sambil baca paper sambil baring-baring sambil tgk tv..hoyeh2..

Resepi drp blog MamaFami
===========
1 3/4 cups flour
1/4 cup cocoa powder
1 cup castor sugar
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon bicarbonate of soda
1/2 teaspoon salt
1 cup fresh milk
1 egg ~ lightly beaten
1/3 cup cooking oil
1 teaspoon vanilla essence
3/4 cups chocolate chips

Saturday, January 14, 2012

Perfect Match NTV7

Dah 3 kali aku tgk perfect match hari sabtu 1am-2am..dah tukar siaran..drp hari sabtu petang ke sabtu pagi rupanya..kenapalah tukar rancangan ni..versi malaysia pun ada juga..namanya "Take Me Out" ..boleh klik sini

Tapi takde la se best rancangan perfect match ni..sebab aku rasa peserta perfect match ni betul2 ikhlas nak cari suami..tapi peserta perempuan ni mostly adalah materialistik..(hee..sape tak nak yg kaya & berharta) boleh klik sini.. dimana ada peserta yg berjaya kemudian bertunang dgn peserta lelaki kemudian putus tunang..peserta lelaki ni nak mintak balik bmw dia kat peserta perempuan ni..huhu..dah kasi nak ambik balik..hoho..yerla..dah putus yer x..=p