Thursday, April 19, 2012

HERBALIFE day 1

 aku ada cerita yang aku nak try herbalife..ok aku dah beli shake,protein n tea..beli 3 items..mahal..tapi sekadar mencuba untuk lihat penurunan badan berlaku atau tidak..aku minum mcm ni masa 1st day:
2scope choch shake + 1 scope protein+500ml air kosong=masih lapar

aku kontrol je nafsu mkn aku..yerla dah beli mahar2..xkan x diet..aku x mkn nasi..ratah lauk je..walaupun herbalife ni bukan ubat kurus..dia mcm minuman yang lengkap dg nutrisi so nak tak nak kalori intake kena kontrol juga..sebab kalau ko minum shake ni then ko bedal makanan siang malam..sama je resultnya..so sebab rasa lapar today aku dah tukar ingredient dlm shake aku sesuka hati..huhu

2scope choc shake + 1scope protein+ 1scope susu anmum+300ml air kosong+1scope oat=kurang lapo..
maklumlah aku dah tambahkan kalorinya..huhu,,

lepas tu aku tegoklah air teamix tu..aku buat 1scope kecil untuk 2 liter air..distributor aku suruh aku minum 4 liter air ,untuk 3.5scope..semalam aku buat apa yg disuruh..tetapi kesan semalam ialah aku berpeluh..sedikit dizzy, dan nak muntah2..aku surf katanya kurang air..tp aku dah minum 4L teamix..

dulu aku pernah kurus dan bersenam..tetapi aku tak mkn herbalife ni..so tak semestinya kena beli herbalife baru boleh turun..cuma kalau x makan pun nutrition tu ada dlm body lagi..ada org diet makan fresh fruit n lots of vegi..tu lagi bagus..tapi aku kan malas..nak gocang2 teguk je..huhu..kita lihatlah berapa kg aku kurang nanti lepas sebulan..nanti masa wedding adik aku..aku tunjuk hoho..slim ke x..kalau x slim..kene senam jugaklah jawabnya..

sarapan: tak..sebab bangun lambat
lunch: 2scope choc shake + 1scope protein+ 1scope susu anmum+300ml air kosong
Petang: sup ayam +sayur petola+air teamix
Dinner: 2scope choc shake + 1scope protein+ 1scope susu anmum+300ml air kosong
Dinner: Nan ado





Tuesday, April 17, 2012

TABITA day 22

ok..mmg dah 22 hari aku pakai..tapi tak ada la pakai sentiasa..ada juga on off nya..sebab kawan aku kata..kalau product mengelupaskan kulit mmg x ok untuk org yang merancang /sedang hamil..kerana banyak kimia..jadi aku off la pakai..just pakai pencuci muka je..bila aku period..aku start balik..sampai la skang..

Bila aku pakai tabita ni..takada la teruk sangat mengelupasnya..kupasannya halus je..bukan macam sunburn tau..biasanya aku mmg pakai kat rumah(kerana aku duduk rumah 24jam)..kemudian aku tak pakai bedak..

ok pekara yang aku nampak ialah..kulit cerah sekata, agak berminyak( kulit aku jenis berminyak..aku rasa bertambah minyak..so tak suka..just get ready tisu je la..kalau pakai kertas minyak tu..takut kulit jadi kering pula..aku penah alami kulit kering sgt..sbb selalu tenyeh muka dgn kertas minyak tu)..glowing dan tak kusam..

Hari ni 2 orang tegur aku ni 'xde kelas ke ari ni dik'..(adakah ini menunjukkan keberkesanan tabita?? haha)..ok mmg aku student..tapi tak penah pulak..org tegur aku mcm tu..biasanya tegur aku 'keje mana kak?.."akak xkeje ke hari ni'...adakah ini boleh dikatakan testimoni tabita..huahua..ok..teguran tu membuatkan aku sengih sokmo!

so ni pic sebelum dan 22 hari pemakaian tabita..aku mmg tak ada masalah kulit jerawat..tetapi ada masalah kulit kusam dan warna tak sekata..kedua2 pic ini drp webcam yang sama..tetapi lokasi berbeza..huhu..aku tidak mencuci muka, tidak memakai produk tabita..ada x perubahan? tp laki aku x komen apa2 pun..hee..ke aku yg perasan kulit aku dah cun..ni belum aku mkn collagen lagi tau..nanti aku try collagen gogen..aku update..
kulit dah tak kusam..

Saturday, April 14, 2012

Nak Diet!

perut aku ni dah boyot dah..boyot bukan sebab preggy..boyot sebab lemak kat perut ni..huhu..dulu belum kawin..aku gemuk jugak..tp xde la naik tang perut..xsuka okeh..ni baca post kat blog puan bee..mengenai diet..supaya boleh detoks body aku ni..tapi esok ari ahad..aku baru tepikir2 nak sarap dgn mkn nasi lemak dgn air kopi..huhu

Hari Pertama (Tak ada nasi , hanya buah dan minuman yang sihat dan semulajadi)

  • Makan semua jenis buah kecuali pisang.
  • Untuk minuman, pilih yang sihat dan semula jadi.
  • Hindari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.
  • Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan kamu kerap mengambilnya.
  • Selain itu, kamu disarankan makan sup.
** rumah aku ada pisang ngan kuinin je..huhu..mmg kena beli buah lain maybe nak beli apple & oren
Sarapan: kuinin??
Lunch: salad apple+oren+ jus tembikai
Malam: Tembikai+oren

Hari Kedua (Sayuran berdaun hijau , sup , kentang putar tanpa mayonis dan mentega , tak ada nasi lagi )

  • Semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung.
  • Kamu tidak dibenarkan makan kacang panggang dan seumpama dengannya.
  • Makan sehingga kamu sendiri puas dengan rasa sayur itu.
  • Paling disyorkan sayuran berdaun hijau.
  • Makanlah sebanyak mana sup yang kamu mahu.
  • Sebelah malam pula,makan kentang putar dalam hidangan besar.
  • Amaran penting,lupakan mentega dan mayones.Gantikan dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.
** Pagi: salad+tomato
lunch: sawi+ carrot+salad
mlm: salad+tomato

Hari Ketiga (menu hari pertama dan menu hari ke dua , tanpa kentang putar … perghhhh ..)

  • Gabungkan menu hari pertama dan kedua.
  • Tetapi tidak perlu kentang putar untuk pelan hari ketiga ini.
  • Jika betul-betul mengamalkan diet ini, kamu sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua kilogram hingga tiga kilogram. bayangkan…
** sarapan: jus oren +apple
lunch: salad buah+vegi
mlm: jus

Hari Keempat (pisang dan susu rendah lemak , ambil sebanyak mana mampu dan juga sup .. juga tak de nasi)

  • Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak.
  • Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang kamu mampu.
  • Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi kamu harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram.
  • Kamu juga masih tidak boleh melupakan sup dalam hidangan.
** sarapan: susu
lunch : apple +orange
dinner: apple

Hari Kelima (daging dan tomato , daging ayam atau ikan , 6 biji tomato dan juga sup , tak de nasi lagi …)

  • Hari untuk daging dan tomato.
  • Kamu dibenarkan untuk makan daging putih(ikan atau ayam) antara 300 hingga 600gram,selain makan 6biji tomato segar.
  • Tomato sebenarnya membantu mencernakan protien dari mencuci pembinaan asid urik.
  • Pengambilan sup sudah memadai diambil sekali sahaja.
** sarapan: tomato
lunch : ikan bakar
dinner: tomato

Hari Keenam (daging dengan sayur berdaun lain , tanpa kentang putar , tanpa nasi dan juga sup …. )

  • Kamu dibenarkan makan daging bersama sayur.
  • Makanlah apa saja jenis stik kerana ia baik untuk kandungan jantung.
  • Tetapi jangan makan kentang putar.
  • Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun.
  • Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu.
** sarapan: salad
lunch : ikan bakar + sup bayam
dinner: salad
Hari Ketujuh (baru ada nasi , tu pun dengan beras perang .. jus buah kurang manis dan sayur-sayuran .. dan juga sup)
  • Makanlah nasi menggunakan beras perang.
  • Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran.
  • Kamu masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.
** mak ai..susahnya diet dia..kena buat soping list dulu..huhuh..aku mcm nak try herbalife je..sebab senang bancuh je..n bersenam..huhu..mampu ker..

Thursday, April 12, 2012

Jumaat: Hari Supervisor & Balik Kg

Setelah berhari2 menunggu keputusan muktamad..mula2 nak berhari2..tapi apakan daya hanya mendapat kelulusan sehari je..laki aku pun dah macam peel bos dier dah nih..maklumlah setahun dah keja kat situ..jadi perangai tu dah mula menyerap antara satu sama lain..hoho

Sekali sekala balik kg sorang2 apa salahnya..asik aku je tunggu laki aku kat umah..terkulat-kulat..memang la aku buat kerja aku..tapi takkan lah buat kerja 24jam..

Jadi kali ni biar laki aku pulak tunggu aku kat umah..aku dah pesan minta laki aku tlg masakkan lunch untuk aku..tapi sebab nak menang anugerah mcm aron aziz tu..boleh pula buat2 terkejut..hamboiii..sejak bila dah pandai buat memek muka tkejut2 nih..

Nanti aku balik kg lepas jumpa SV..walaupun 1 hari..boleh la berehat2..penat drive ulang alik..lagipun kalau balik hari..xde sape kat umah..Nak jumpa Sv esok tak tahu nak citer apa..balik sorang diri pun sebab:

1) dah terlanjur hari SV..jadi alang2 balik lah kg untuk hantar vs kat customers..maklumlah..buat promo free postage..drp aku bayo pos..baik aku bayo tol..tol lg murah drp postage
2) nak tempah baju kawen majlis falin..kaler biru turquoise..

semalam pujuk rayu laki aku..nak treadmill yang mesin lari2 tu..laki aku kata dia nak belikan tapi kalau aku x kurus kena bayo 2x ganda..twah..ni dah kira mcm main judi nih..tapi x kira..nak jugak..sebab bukannya ada dateline..huahua..(gelak jahat dlm hati!)..tgh tunggu bilala agaknya boleh dpt..



Wednesday, April 4, 2012

Macam mana nak rajin

Kalau tanya aku..aku pun tak tahu la..maybe aku dah selesa dengan perangai aku macam ni..nak study malas ya amat..macam-macam doa..vitamin aku makan..masih lagi tak terubat..ke bila umur meningkat mmg tahap kefokusan akan berkurangan....

Kawan aku cakap kalau mengandung atau hendak mengandung elakkan pakai product yg high chemical kat body..tabita pun mesti high chemicalnya tak? tu pasal boleh mengelupaskan kulit..so aku stop dulu..huhu..alahai..muka dah berkerak-kerak ni..macam rugi pula nak stop..hee sebab nanti kena start over balik pengelupasan kulit..

Pss i love u:: dah cd 31..harap2 menjadik ler..Ameen~**

Tuesday, April 3, 2012

TABITA day 8

ok..still tak tunjuk pic lagi..sebab malas nak pakai tudung..so far skin cerah sikit..tapi hubby i cakap putih bekilat dan nampak tak natural..pastu suami aku cakap muka aku naik pimples 2,3 ketui..huu..

Haruslah x natural putihnya..macam manala muka aku ni nak nampak putih natural..dah kata produk tabita ni mengelupaskan kulit..kulit i mmg dah kusam..dok paksa2 dia jadi putih melepak ala2 aktress indonesia tu..mcm mana lah dia nak natural..huu..

Tak apa..baru lagi..nanti day 20 aku akan tunjukkan..perbezaannya..sekarang keluar rumah tak pakai mekup..sebab nak try..ok ke x muka tanpa mekup..tapi muka mmg berkilat..ko sediakanlah tisu dlm handbag..muka aku ni mmg berminyak..pakai tabita ni lagi la silau mata org kalau tengok aku..

But me as usual..tak bawa tisu pun..so nanti i nak siap2 dalam beg..senang nak tenyeh2..tak suka sangat muka berkilat-kilat..sekarang ni nak makan collagen dust..tapi tengah tunggu cik P datang..harap2 xdatang ler..& pregnant la aku..xapa..lepas 9 bulan nanti baru aku mkn collagen..nak jadi hot mummy ok..sekarang ni dok telan asid folic dan seangkatan dengannya..


Pss I luv U:: Doakan I ok..=D

Sunday, April 1, 2012

Gogen & Peptan


Gogen & Peptan
Must Have Original collagen dust