Wednesday, June 19, 2013

Resepi Mudah: Nasi Tomato & Ayam Masak Merah

Mood over rajin hari ni..sebab suami puasa..aku tak puasa pun..tak berani nak puasa..sepatutnya aku try puasa half day kan..tgk larat ke tak..huhu.tapi pic nasi tomatonya takdok..sebab aku malas nak amik pic..nanti aku buat 2nd round & jika sempat aku ambil la..sangat simple dan mudah..yerla..hari-hari makan nasi putih je..habis idea nak masak apa..suami pula jenis tak kesah..keputusan nak masak apa kat tangan aku..sudahnya mmg selera sndiri..huhu..suami suka makan ikan..tapi aku prefer ayam & daging..tp daging frozen tadi kena beli 1kg..mintak half xleh plak..pelik bebeno...then makan ayam je lah..esok baru menu sotong..ikan bila pula?? hoho..

Senang je masak nasi tomato ni..aku siap makan dengan papadom & salad walaupun ada acar timun...ada tomato puri/sos tomato @ buah tomato dah boleh buat dah..yang penting letak garam atau perasa..kalau tak sama je lah mcm nasi putih..aku letak kiub ayam je senang, mudah & berasa..

1) Resepi Nasi Tomato
==============
2 put Beras biasa
1 btg serai di ketuk
1/2 biji bawang racik halus
Bunga Lawang & kayu manis
Minyak masak
Susu
1 Kiub ayam
tomato puri kimball 3 sudu..nak merah lagi letak lebih

Method
******
-Tumis Serai, Bawang, bunga lawang & kayu manis sampai wangi
-Masukkan air sikit, tomato puri, kiub ayam
-Dah larut, masukkan beras & gaul, kemudian tambah air & susu sikit ikut sukatan untuk masak nasi biasa



2) Resepi Ayam Masak Merah
==============

ayam digoreng dengan kunyit & garam
cili boh (cili blend bersama bwg putih)
serai ketuk
bwg merah potong bulat
sos cili
tomato puri/sos tomato
sos tiram
air sikit
gula, garam @ kiub ayam


Method
******
-Tumis cili hingga garing,
-Masukkan serai, sos cili, tomato puri, sos tiram, gula, garam/kiub ayam
-Masukkan air sikit ikut kepekatan yang nak
-Dah larut, ayam..tunggu ayam tu lembut & sebati dengan kuah then siappp

3) Resepi Acar Timun
==============

Timun racik
Lobak merah disagat panjang
Cili Api
Bawang racik separa bulat
gula
cuka


Method
******
-Campur semua
-Masukkan dlm peti ais



No comments: