Sunday, July 14, 2013

Puasa Hari 4

Dah hari ke 4 aku berpuasa..Alhamdulillah..so far so good..tapi hari ni aku macam lapo ya amat..maybe malam sebelumnya aku makan banyak sangat nasi..then today berbuka dengan menu laksa sarawak & beberapa keping murtabak daging mini..hehe..beberapa tu aku rasa mau 6 keping jugak aku makan until i'm writting this post..Alhamdulillah..selera menjadi2..better macam ni drp tak ada selera kan?

Just nak update resepi laksa sarawak & mini Murtabak kulit popia..laksa serawak ni pakai pes sahaja..pemberian s.i.l..mereka holiday ke sarawak & beli pes laksa serawak hj manan..ini kali ke dua aku makan laksa serawak..kali pertama semasa open house officemate..tapi dah lama bebeno..tak igt dah mcm mana lah rasa nya..so kali ni buat je la..teringin juga nak rasa laksa serawak hj manan ni..tgk intenet semua kata sedap..suami i pun ckp sedap ok..i plak tertlalu kenyang mkn murtabak so tak tahu la nak kata laksa aku buat ni sedap ke x..sebab dalam otak dok pikir..mcm ni ke rasa laksa serawak sebetulnya..nampak gayanya aku kene holiday ke serawak lah..kasi pekena sekali laksa kat sana..br confident kot..hehe..

Resepi laksa serawak ni aku ambil di Myresepi (Klik)..aku olah lah untuk makan berdua..tapi nampak gayanya sahur ni makan laksa serawak & murtabak lagi..over budget potion..

A) Resepi Laksa Serawak:
Bahan Kuah
*****************************

  • suku pes laksa Sarawak Hj Manan
  • separuh santan kotak
  • 1 kiub pati ayam maggi
  • 1 sudu besar sos tiram
  • serai ketuk
  • Garam, gula & msg secukup rasa

Bahan Hiasan
***************

  • Bihun rebus
  • tauge
  • Daun sup
  • Limau kasturi
  • telur dadar potong bulat
  • Ayam goreng di carik
  • Udang rebus
  • sambal belacan
Method
======
Rebus udang & keluarkan, dalam air yang sama campurkan semua bahan kuah sehingga mendidih
kemudian hidang bihun bersama bahan hiasan tersebut..simple kan? pejam mata pun siap..tapi kene tumbuk sambal belacan la..kasi pedas2 masam sikit..

B) Resepi Mini Murtabak: (anggaran 10 keping)
Bahan Inti
*****************************
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Daun Kari
  • 3sudu serbuk kari
  • 1sudu serbuk kurma
  • 2 sudu cili serbuk
  • 3 biji Kentang
  • Daging
  • daun sup

Mehod
=====
-Tumis bawang besar, b.putih. campuran serbuk kari,kurma,cili serbuk hingga garing
-Tambah air, garam, gula & masukkan daging & kentang hingga empuk & kering akhir sekali tabur daun sup.

Penyediaan Murtabak
*****************
  • -Kulit popia saiz besar
  • -air untuk melekat
  • -3 biji telur
Method
=====
-4 sudu besar inti + 1 biji telur boleh dapat dalam 3 keping
-kemudian letak ditengah2 kulit popia..lipat macam murtabak & goreng minyak sikit atas kuali/pemangang ajaib..
-siap & sedia di makan dengan bawang sirap!

Murtabak ni intinya sediakan awal2 pun xpe..tapi yang melipat & menggorengnya aku serahkan pada laki aku..sebab ni first time buat murtabak sendiri..aku tukang leraikan kulit popia je..

No comments: