Wednesday, August 3, 2011

Bebelan

Kadang kala i selalu berfikir megenai hala tuju kehidupan i ni..
Apa yang i cuba lakukan..
Sanggup ke i menghadapi sebarang kemungkinan..
i bersyukur ke tak dengan apa yang i miliki..
i menghargai ke tak apa yang i telah perolehi..
Persoalannya adakah i menghormati & dihormati..menyayangi dan disayangi..dan pelbagai men & di..hee
i pun tak tahu..
Tapi yang i pasti I perlu tunggu & lihat serta tabah menghadapi segala kemugkinan..
Kerana inilah yang i pilih..i nekad..
u boleh kasi jawapan utk soalan-soalan i ni?
Adakah i akan dapat kesan buruk?
ke..i dapat kesan yang baik?

Jawapan:: Tiada siapa tahu..



Psss I luv u:: usaha di masa sekarang penentu masa hadapan..namun kuasa di tgn Dia

Pasar Ramadhan

Tahun lepas i jarang pergi ke pasar ramadhan..ada org panggil pasar ramadhan as 'param'...tapi i dah biasa panggil nama penuh..hee..tahun ni tak pergi lagi ke pasar ramadhan..eceh..macam la dah puasa bebelas hari..baru nak masuk hari ke dua kan..

I ni kalau pergi kedai runcit pun boleh rambang mata..benda yang plan nak beli tak terbeli-beli..tapi terbeli benda lain plak..kalau pergi ke pasar ramadhan..sure senget bahu i nanti..hehe..kat parit raja ni booth-booth dah banyak berbanding dulu..tu tandanya untung orang yang meniaga pasar ramadhan..

Niat di hati nak diet..selepas beberapa kekecewaan melanda..saiz baju tak muat..perut yang belum berisi ni semakin besar gara-gara makan tanpa pantauan kalori..tak mahu makan nasi..tapi bila nampak nasi tak boleh nak lari..haha..macam mana la nak kurus..



Psss I luv U::: Rezeki di mana-mana..tapi kene usaha..

Tuesday, August 2, 2011

Resepi Donut Montel

eceh..blog i ni dah jadi macam blog memasak pula yer..saje je buat post ni..segala resepi yang i post ni semuanya mudah-mudah belaka..main campak-campak je..adun pakai tangan..tak payah pakai breadmaker..series..Donut ni first time i buat sorang-sorang..menjadi..lepas tu memang lembut dan gebu..

Bak kata suami:: tengok saiz donut nih..dah boleh agak dah saiz org yang buat donut ni..
me::hoho..(lazer..)..

Biasanya i tengok mak i buat je..tak sempat nak tengok step by step..bila nak belajar je..donut dah siap digoreng..ha..macam ne tuh..huhu...

Adunan donut ni boleh di variasikan tau..untuk berbuka semalam..sempat la buat dua jenis kuih hasil daripada adunan donut ni..

1 jenis ialah donut biasa..1 lagi letak inti rendang daging yang malam puasa pertama hari tu..so untuk puasa kedua ni..nampak gayanya memang kene berbuka dengan donut lagi..hee..tapi satu lagi nak buat kuih burger malaysia..letak sambal bilis dalam tu..

Baru tadi Mamafami buat donut letak inti kastard..boleh juga cuba ni..tapi i takda fresh milk..jadi tundalah hari lain plak..tak kan hari-hari makan donut..boring plak nanti..huhu..



Bahan-bahan
=========
2 biji ubi kentang rebus yang dilencek-lencek
tepung gandum (kene agak-agak la berapa nak letak..kalau letak lebih..keras jadinya)
1 senduk mentega (i pakai 1/4 butter..ni pun ikut suka)
garam sikit ditabur atas tepung
1/2 peket yis cap mauripan yang dikacau dalam 1/2 gelas air sejuk

Method
======
Masukkan kentang lencek dan butter ke dalam tepung..(digaul sebati guna tangan je)
Selepas sebati..masukkan sedikit garam..gaul lagi
kemudian masukkan 1/2gelas air sejuk yis..uli selama 10-15 min..
Perap dan bentukkan donut..boleh terus goreng guna api pelahan..

gula icing
========
Kisar gula kastor masukkan dalam bekas tertutup..masukkan donut yang siap digoreng dalam bekas tertutup tadi..kemudian boleh la di shake..so gula tadi akan menyaluti keseluruhan donut tadi..


Psss I luv U:: l0st

Monday, August 1, 2011

Resepi Rendang Daging


Salam Ramadhan Al-Mubarak..syukur dapat juga berpuasa hari ni..berdua plak tu..dan sempat berterawih di masjid..biasa puasa pertama i akan berpuasa ngan family kat kg..tapi kali ni di rumah sendiri plak bersama hubby..minggu ni baru balik kg..berbuka di seremban & kl..adilkan..


Biasanya malam Ramadhan..kami akan makan rendang dan lemang..tapi sini susah juga nak cari lemang..so i masak rendang makan ngan nasi & roti untuk bersahur pagi tadi..resepi di ambil di sini..telah pun di adaptasi..memang sedap & ada rupa..tapi teringin nak mkn rendang mak sendiri..pedas melatop ok..yang ni tak pedas sangat..sebab tak pakai cili api..pakai cili kering je..


Bahan Kisar
===========

2 batang serai
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
20 batang cili giling

bahan-bahan lain
===========
1/2 kg daging
sepeket kurma kecil
1/2 paket santan
3 sudu kerisik
hirisan daun kunyit dan daun limau purut
gula,garam kasar

method
======
-tumis bahan kisar hingga naik bau.
-masukkan rempah kurma hingga naik bau/garing
-masukkan daging hingga lembut
-masukkan santan tunggu daging empuk lagi dan santan masak (keringkan kuah)
-bila nak siap, masukkan kerisik, hirisan daun kunyit dan daun limau purut
-sedia untuk dihidang


Psss I luv U:: Alhamdullilah..=)





Friday, July 29, 2011

Resepi Kek Batik Crunchy..

Agaknya akibat kegagalan harimau malaya menentang singapura malam tadi..suamiku mungkin agak frust dan bermogok..tapi ini mogok lain macam sikit la..biasa dengar org mogok tak makan..tapi ni bukan mogok tak nak makan..tapi mogok nak makan..tapi aku pun join sekali la..yerlah..sendiri masak tak kan tak nak makan kan..hoho..supper malam tadi makan cucur cempedak dan juga kek batik..memang tak penah goreng cucur cempedak..kek batik pun buat dengan adik no 3 je..biasa dia je yang buat..aku tolong patahkan biskut je..

aku xde la pandai buat kek batik..tapi hentam je lah..penah buat kek batik..tapi coraknya tak macam batik..tak berapa cantik layer dia..tapi moto aku..'asal boleh makan'..

resepi
=====

biskut merrie 1 pek (guna 2 row je..)
susu pekat hampir 1 tin
milo 1 pack kecil
serbuk koko 1 senduk
butturcup 1/2

method
======
-pecahkan biskut merrie kepada dua keping..xmau pun xpe..ikut je nak buat macam mana..tapi yang penting ada biskut..
-dalam kuali..cairkan butter
-selepas butter cair, masukkan susu tin, milo, koko
-kacau sebati
-tutup api dan masukkan biskut..dah sebati biskut n kuah choc tersebut letak dlm loyang atau bekas..mampatkan dalam bekas..guna sudip untuk mampatkan kek batik ni..

ok kenapa nama resepi ni crunchy..sebab biskutnya tak lembik..sebab tak letak air dan terus tutup api bila kuah choc tu siap..so kalau korang nak buat..letakla air biar lembut sket biskut..resepi kat inet letak gula, telur...tapi i tak letak..pic tak upload..maleh nak upload..sebab tak cantik..haha..


psss i luv u:: Salam Ramadhan Al-mubarak..tahun lepas solo..tahun ini berdua..tp mugkinkah terus bertiga?? Ameen..

Monday, July 25, 2011

Tudung hwot..

Masa dok survey2 online..ternampak la blog tudung ni..tak berniat pun nak beli..tapi nanti balik seremban nak col la owner ni....ehem..utk raya kata kan..huhu moh soping di crazyzonehijab

klik link di sini..

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak

my first ikan patin masak tempoyak

Biasalah..dah kawen ni kene belaja pelbagai jenis menu..haruslah i x pandai masak..ni 1st time masak..nampak daripada warnanya..macam menjadi..tapi rasanya tak macam orang profesional yang masak..hee..tak tahu apa yang kurang..senang je masak menu ni..tapi haruslah ada tempoyak

bahan tumbuk
===========
bawang merah
lada api
halia
lengkuas

bahan lain
========
ikan patin
tempoyak
asam keping
garam
bunga kantan
serai (tak dimasukkan sebab tak ada stok)
daun kesum


method:
======

Dalam periuk letak air, tempoyak dan bahan tumbuk (gaul rata semua bahan..ikut suka la nak letak berapa banyak air dan tempoyak..kalau nak pekat kurangkan air dan lebih kan tempoyak)

kemudian didihkan bahan-bahan tadi atas api..bila air dah mendidih..masukkan ikan, bunga kantan, asam keping, garam..didihkan sampai la ikan masak..kemudian siap..


tak tahu la sedap ke tak..tapi i lagi suka mak i masak..wink wink..


psss i luv u:: jodoh pertemuan, ajal maut ditangan Allah