Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya

Dulu raya as single..kini raya berdua..masih belum lagi bertiga..frust ok..hoho..konon-konon i berangan nak bertiga..tapi masih belum ada rezeki..tapi sakitnya hati bila ada yang kata perangai i ni masih belum sedia nak jadi ibu..sebab tulah tak dapat baby lagi..kawin baru nak masuk 4 bulan..tapi dah ada bunyi-bunyi macam ni..belum lagi setahun, 2 tahun, 3 tahun..& seterusnya..maybe sekarang i dikatakan tak bersedia..kalau lama-lama lagi..nanti i plak dipersalahkan..xsk ok..so i just enjoy je dengan mylife right now..

Dulu single org sebok nak tanya bila nak kawin..skang ni..soklan tipikal..'bila nak dapat anak'..kalau lah i boleh beli anak..mmg dah lama i beli ok..kompom x mtk discount....

Anyway..Selamat Hari Raya Aidilfitri..dikesempatan ini..saya mohon kemaafaan di atas segalanya..raye haruslah ceria-ceria sokmo dan syukuri segala nikmatnya...


Pss I luv u:: balik kg hari ni..(lompat bintang 4x)..


Thursday, August 11, 2011

Resepi Apam Tepung Beras

Semalam berbuka puasa lauk biasa-biasa je..tapi ada buat kuih apam tepung beras dan kemarin buat karipap..jadi juadah berbuka ada dua jenis kuih..hubby tak berapa suka karipap yang i buat..sebab penuh sangat dengan inti..family i suka yang penuh..next time kalau buat karipap i akan kurangkan inti..lain orang lain taste dia kan..

Buat apam tepung beras ni sebab ada lebih nasi sahur secawan..asik buang nasi je..membazir..kebetulan resepi ni pakai nasi..so boleh la try..lagi pun cuba nak pakai periuk multipurpose hadiah kahwin..elok mekar je apam ni..so buat masa ni tak perlulah i invest untuk beli periuk kukus trio tu lagi..as usual ni percubaan pertama..senang je buat apam ni..i follow myresepi.. next time ada nasi lebih..nak buat apam polkodot plak..rasanya sama je bahan-bahannya

Bahan-bahan
=========
1 cawan nasi
1 1/2 cawan air
1 suku cawan gula (apam ni manis..jd kalau kurangkan ke 1 cawan pun ok)
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis
kelapa parut digaul dengan garam

Method
======
Blend nasi dan air..dah lumat..masukkan gula dan blend sekali lagi(A)
satukan tepung gandum, tepung beras dan yis dalam satu bekas yang lain (B)
campurkan (A) ke dalam (B)..gaul sebati dan perap selama 3 jam atau lebih..
selepas perap, letakkan dalam acuan comel sehingga penuh (Supaya ia masak merekah)
kukus selama 15min
Hidangkan bersama kelapa parut.

Wednesday, August 10, 2011

Oven Khind OT3505

Dapat hadiah sagu hati sebab result master tahun lepas..so nak cari kenang-kenangan..jadi i mintak bantuan mak n abah i survey oven..nak baking membaking konon-kononya..tapi lepas raya nanti baru ambil..

Tak pasti la macam mana hasil bakery..kene tunggu i buat eksperiment bila oven dah ada di tangan..i ni beginner je..uli-menguli pun x reti..niat hati nak Oven Europa VALENCIA 688E..tapi tak berkemampuan daripada segi kewangan & juga skill..jadi for beginner kita beli yang sesuai ngan kriteria sendiri dulu..



Psss I luv U:: eksperiment snort baru nak mula..huu

Thursday, August 4, 2011

Terasa

I nak mengadu nasib ni.. actually i agak terasa dengan kawan i..mula-mula i rasa i faham apa yang sedang dia lalui..tapi i rasa i ada tanggungjawab untuk ambil berat dan bertanya khabar macam mana keadaan kawan i tu..tapi bila dia start kerja masa awal bulan tersebut..i cuba nak ambil berat dan bertanya khabar bagaimana keadaan dia di tempat baru..ok ke tak..i col, i sms..tapi dia tak nak reply..kawan i kata dia tak pakai no tersebut. tapi kenapa still ringing ea?? so conclusion:: i ni umpama terhegeh-hegeh nak ambil berat la..

Then just now, i dengar rumors..dia tak nak keep in touch dengan i sebab dia terasa i tak jemput reception di sebelah suami i..sedangkan..i bagi kad kahwin suruh datang dua-dua belah..kad kahwin i siap pos ke rumahnya..Reception suami i di tengah bulan..yang sms n col tak terjawab tu awal bulan..dia pun tak sudi reply..perlu ke i keep calling menjemput..sedangkan col and sms sebelum ni tak terangkat & terjawab? kadang-kala i pelik..i ke tak faham orang..atau orang yang tak faham i..tak apa lah..mungkin ni rumors..cuma tak sedap di dengar bila rumors ini umpama menyalahkan kita..
so conclusion:: ok i salah sebab tak call/sms banyak-banyak kali menjemput..

I paham, orang tengah busy..tapi bila dengar cerita ni tak sedaplah kan..terasa i pula yang bersalah..kawan yang lain boleh pula dia col atau sms..

I slalu dengar..kawan-kawan i cakap lepas kahwin..i akan berubah..tak kan bersama-sama ngan kawan lain..tapi i rasa..kawan-kawan i yang sedang berubah..melarikan diri ke haper?aku faham semua dah ada kehidupan masing-masing..jadi i memahami..i pun rasa i silap..tak perlu lah nak care sangat hal orang lain..baik i jaga family i sendiri..kalau amik tahu hal org lain nanti dia kata i ni suka jaga tepi kain dia plak..

Bila kita nak keep in touch..dia pula tak sudi~**..tak berminat tak ape..tak siapa yang rugi pun..=)


Psss I luv U:: i mintak maaf..maybe ni rumors..tapi kalau tak de angin..xkan pokok boleh goyang..tak gitu??

Wednesday, August 3, 2011

Bebelan

Kadang kala i selalu berfikir megenai hala tuju kehidupan i ni..
Apa yang i cuba lakukan..
Sanggup ke i menghadapi sebarang kemungkinan..
i bersyukur ke tak dengan apa yang i miliki..
i menghargai ke tak apa yang i telah perolehi..
Persoalannya adakah i menghormati & dihormati..menyayangi dan disayangi..dan pelbagai men & di..hee
i pun tak tahu..
Tapi yang i pasti I perlu tunggu & lihat serta tabah menghadapi segala kemugkinan..
Kerana inilah yang i pilih..i nekad..
u boleh kasi jawapan utk soalan-soalan i ni?
Adakah i akan dapat kesan buruk?
ke..i dapat kesan yang baik?

Jawapan:: Tiada siapa tahu..



Psss I luv u:: usaha di masa sekarang penentu masa hadapan..namun kuasa di tgn Dia

Pasar Ramadhan

Tahun lepas i jarang pergi ke pasar ramadhan..ada org panggil pasar ramadhan as 'param'...tapi i dah biasa panggil nama penuh..hee..tahun ni tak pergi lagi ke pasar ramadhan..eceh..macam la dah puasa bebelas hari..baru nak masuk hari ke dua kan..

I ni kalau pergi kedai runcit pun boleh rambang mata..benda yang plan nak beli tak terbeli-beli..tapi terbeli benda lain plak..kalau pergi ke pasar ramadhan..sure senget bahu i nanti..hehe..kat parit raja ni booth-booth dah banyak berbanding dulu..tu tandanya untung orang yang meniaga pasar ramadhan..

Niat di hati nak diet..selepas beberapa kekecewaan melanda..saiz baju tak muat..perut yang belum berisi ni semakin besar gara-gara makan tanpa pantauan kalori..tak mahu makan nasi..tapi bila nampak nasi tak boleh nak lari..haha..macam mana la nak kurus..



Psss I luv U::: Rezeki di mana-mana..tapi kene usaha..

Tuesday, August 2, 2011

Resepi Donut Montel

eceh..blog i ni dah jadi macam blog memasak pula yer..saje je buat post ni..segala resepi yang i post ni semuanya mudah-mudah belaka..main campak-campak je..adun pakai tangan..tak payah pakai breadmaker..series..Donut ni first time i buat sorang-sorang..menjadi..lepas tu memang lembut dan gebu..

Bak kata suami:: tengok saiz donut nih..dah boleh agak dah saiz org yang buat donut ni..
me::hoho..(lazer..)..

Biasanya i tengok mak i buat je..tak sempat nak tengok step by step..bila nak belajar je..donut dah siap digoreng..ha..macam ne tuh..huhu...

Adunan donut ni boleh di variasikan tau..untuk berbuka semalam..sempat la buat dua jenis kuih hasil daripada adunan donut ni..

1 jenis ialah donut biasa..1 lagi letak inti rendang daging yang malam puasa pertama hari tu..so untuk puasa kedua ni..nampak gayanya memang kene berbuka dengan donut lagi..hee..tapi satu lagi nak buat kuih burger malaysia..letak sambal bilis dalam tu..

Baru tadi Mamafami buat donut letak inti kastard..boleh juga cuba ni..tapi i takda fresh milk..jadi tundalah hari lain plak..tak kan hari-hari makan donut..boring plak nanti..huhu..



Bahan-bahan
=========
2 biji ubi kentang rebus yang dilencek-lencek
tepung gandum (kene agak-agak la berapa nak letak..kalau letak lebih..keras jadinya)
1 senduk mentega (i pakai 1/4 butter..ni pun ikut suka)
garam sikit ditabur atas tepung
1/2 peket yis cap mauripan yang dikacau dalam 1/2 gelas air sejuk

Method
======
Masukkan kentang lencek dan butter ke dalam tepung..(digaul sebati guna tangan je)
Selepas sebati..masukkan sedikit garam..gaul lagi
kemudian masukkan 1/2gelas air sejuk yis..uli selama 10-15 min..
Perap dan bentukkan donut..boleh terus goreng guna api pelahan..

gula icing
========
Kisar gula kastor masukkan dalam bekas tertutup..masukkan donut yang siap digoreng dalam bekas tertutup tadi..kemudian boleh la di shake..so gula tadi akan menyaluti keseluruhan donut tadi..


Psss I luv U:: l0st

Monday, August 1, 2011

Resepi Rendang Daging


Salam Ramadhan Al-Mubarak..syukur dapat juga berpuasa hari ni..berdua plak tu..dan sempat berterawih di masjid..biasa puasa pertama i akan berpuasa ngan family kat kg..tapi kali ni di rumah sendiri plak bersama hubby..minggu ni baru balik kg..berbuka di seremban & kl..adilkan..


Biasanya malam Ramadhan..kami akan makan rendang dan lemang..tapi sini susah juga nak cari lemang..so i masak rendang makan ngan nasi & roti untuk bersahur pagi tadi..resepi di ambil di sini..telah pun di adaptasi..memang sedap & ada rupa..tapi teringin nak mkn rendang mak sendiri..pedas melatop ok..yang ni tak pedas sangat..sebab tak pakai cili api..pakai cili kering je..


Bahan Kisar
===========

2 batang serai
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
20 batang cili giling

bahan-bahan lain
===========
1/2 kg daging
sepeket kurma kecil
1/2 paket santan
3 sudu kerisik
hirisan daun kunyit dan daun limau purut
gula,garam kasar

method
======
-tumis bahan kisar hingga naik bau.
-masukkan rempah kurma hingga naik bau/garing
-masukkan daging hingga lembut
-masukkan santan tunggu daging empuk lagi dan santan masak (keringkan kuah)
-bila nak siap, masukkan kerisik, hirisan daun kunyit dan daun limau purut
-sedia untuk dihidang


Psss I luv U:: Alhamdullilah..=)