Monday, January 14, 2013

Resepi Lulur Kopi Mudah

saja je nak buat lulur sendiri..kalau beli aku suka pakai lulur susu kambing puteri binari & susu beras..memang melekat baunya..tahan lama kat badan..harga pun murah biasanya RM12-RM15..sekarang famous lulur yang berunsurkan garam..tapi i tak try pun lagi..

  
Sumber Gambar: Google Image

RESEPI LULUR KOPI MUDAH
******************************

  • 3tbs Kopi yang dah digunakan
  • 1tbs Gula
  • 1tbs Minyak apa2 pun boleh..aku pakai myk masak bunga matahari ada VIT E okeh

jadi ini lah nisbahnya..tapi ikut nisbah sendiri lah..mcm aku badan besar..sukatan pun besar..ehem..so nak jimat myk..letak la air panas sikit just utk cairkan kopi je..selamat mencuba..

Thursday, January 10, 2013

Semangat Belajar aku ni Turun Temurun

Baru aku tahu, rupa-rupanya semangat belajar aku ni turun menurun daripada emak aku..Emak aku masih bekerja dengan PDRM..umur mak aku dah 55thn..nak pencen katanya 60tahun..mak ai..lamanya mak aku ni nak keje...Tapi bapak aku dah lama pencen sebab nak berehat..mungkin disebabkan kerja ayah aku ni shift & mak aku ni office hour..then we all ok shj asalkan abah happy..

Ok mak aku kena buat laporan kerja di Excel..sebelum ni dia buat di Microsoft Word.. table2 di word tu semua kena buat di excel  dan bagi aku agak leceh la sebab kalau kita copy paste semua ke excel..sure cell tu kita kena ejas...begitu juga title and etc..leceh bagi yang tak tahu langsung guna excel..betul x?

Me: meh la kaklong tolong mak transfer drp word ke excel..nanti mak edit je isi nya
Mak: xnak lah..mak nak belajar buat sendiri
Me: wahh..

Aku selalu col mak aku..biasanya 2x sehari..kadang-kadang 3 x sehari (free)..lepas bangun tido, lunch hour, kul 6 ptg, kul 8 mlm)..bila aku col mak aku pukul 6ptg..dia masih lagi di office..rajin bebenor mak aku ni..aku tanya mak buat apa tak balik2 rumah lagi??mak aku cakap dia tengah taip minit mesyuarat..table minit mesyurat ni asyik lari je..hahha..sian mak aku..mana la rakan sekerja mak aku yang celik IT ni?? tapi aku tau..mesti mak aku yang offer diri nak buat..bila org nak tolong..dia xnak..eksennn kan

Semangat sungguh mak aku nak buat sendiri kan..walaupun dia akan mintak tolong kita ajar..siap bawak pen & kertas nak tulis step2 tu..then ini menyebabkan xada alasan untuk kita tak nak berusaha untuk belajar walaupun umur dah meningkat..lepas ni aku tak nak beri alasan tak nak study & xde mood untuk siapkan kerja aku =p

Wednesday, January 9, 2013

ATKINS & DIAMONDBACK V3

Ini ada sambungan pembelian cross trainer yg baru je kami guna beberapa kali..setiap hari aku buat mula-mula 5 min je..kemudian 10min dan kemudian now only 15 min satu hari..

Target nak buat straight 45min (untuk reduce weight)..tapi slow2 lah..sebab tak mahu drastik..nanti kejang otot aku..aku dah la plan for pregnancy..nanti over2 jadi lagi prob yang dulu..huhu

So far ok cross trainer  ni x de la bising & teguh..buat 10 min pun aku dah berpeluh & termengah-mengah..sekarang dah jarang senam..tapi harap dapat reduce weight aku ni..

Kenapa aku beli dan tak pergi gym shj? kerana gym kat sini perlu bayar register dlm rm70 dan bulanan rm60..kos agak tinggi bagi aku ..Kalau aerobik kat tempat lain pula, bulanan rm60 juga..jadi sempena semangat juang aku dan suami nak kurus kan badan..kami decide untuk beli crosstrainer ni..dengan harapan dapat bersenam paling kurang pun 30min sehari..

Aerobik pun aktiviti menarik..tetapi jika tak mahu bayar bulanan..boleh bayar harian iaitu rm10 sekali masuk..tapi kat tempat aku diaorg buat time malam..malam susah bagi aku..sebab time tu mood datang nak buat kerja..dan tak bebaloi rm10 utk aerobik 40min..ahaha..berkira pula aku ni...tapi betul kan? elok pasang dvd aerobik..dan kita buat slow2..drp masuk aerobik kelas tapi terkial2 ikut tempo..

Jadi harap diet atkin dan bersenam ni konsisten...aku dah stop atkien bulan 10..sebab x kuat Iman..haha..ni nak start day 1 balik..makan pun kene jaga..no oily food but more vegi & fruity..just rebus & panggang.. Hari ni menu ikan cencaru panggang, sup sawi bebola ikan & air asam..meletupsss uoalss...

i suka baca blog kevin zahri..di bawah ni tips drp beliau supaya tak memberi alasan utuk tidak bersenam..nak tahu lanjut baca di blohg kevin zahri

1) Berhenti memberi alasan.
2) Fleksibel.
3) Curi masa.
4) Jadikan rutin.
5) Set gol anda.
6) Konsisten.
7) Gabungkan aktiviti.
8) Mulakan dengan perlahan.

Sunday, January 6, 2013

Sakit Tumit Disebabkan Urat Peranakan Wanita

Betul carta refleksologi kaki..jika tapak kaki sakit ada anggota badan kita yang sakit..kalau kaki aku sakit aku memang panggil bidan tolong urutkan..
Sumber: Google Image

Bidan akan urut di kelengkang peha kita iaitu dari arah dalam ke luar peha..lega lepas urut dan tumit kaki aku tak sakit lagi..tapi tak tahu la akan datang kalau tak jaga kesihatan betul2..pic bawah ni aku lukis guna paint..

jadi kalau ada wanita yang sakit tumit atau tapak kaki..cuba letak minyak panas dan urut ikut pic atas tu..InsyaAllah berkurangan..tapi kalau sbb berat badan..ubatnya ialah kurangkan makan je ler..huhu

Friday, January 4, 2013

Black Pearl CoolBlog

Semenjak CoolBlog ada di Parit Raja..dan berdekatan dengan rumah aku..memang aku sanggup berhenti parking beli coolblog ni..ekceli aku suka tang pearl dia tu..kenyal kan..Biasa yang aku beli:

* Chocolate Blog
* Mocha Coffee Blog 
*Latte Coffee Blog

Yang paling baru aku try :

Perasa Oreo Blog with papermint..ni mcm x sesuai dengan aku plak..huhu..will back to mocha coffee blog..tapi lepas minum sakit badan & pinggang..terpaksa aku mintak tukang urut profesional aku tolong urutkan aku tiap2 malam..personal tukang urut ni berupah okeh..wink2

Maybe aku kene kurangkan makan sejuk2 & ber ais..lagipun dah tuer..huhu eloknya aku cr pearl tu masak sendiri kan..tetapi kat mane la nak beli?

sumber: google image

Wednesday, January 2, 2013

Happy Birthday to me yang ke dot dot dot..

Ok seperti biasa..umur only a figure..cewah..Alhamdulillah diberikan kenikmatan hidup seperti rezeki, kesihatan yang baik & kebahagiaan..

Harap tahun ni i semakin matang..bukan semakin tua..haha..thank you yang mendoakan..semoga kita semua dilimpahi rezeki & kebahagian dunia serta akhirat..


Image source: google image
ini bukan cake saya..saya tgh tunggu cake drp suami saya..dengan harapan cake tersebut ditulis angka 19 & mempunyai bilangan lilin 19..agak2 akan menjadi kenyataan x impian ini?..hoho..



Tuesday, January 1, 2013

Azam 2013

Selain berharap aku berjaya penamatkan pengajian aku dengan jayanya..aku juga dalam proses nak menguruskan kewangan aku..ekceli kewangan aku tak ada lah stabil yang di sangka..kerana byk output dr input..jadi kali ni nak input je..

Ini kerana aku mempunyai sikap suka membeli melulu tanpa berfikir panjang..tahun 2013 akan menjadi tahun aku berjimat cermat..

2012 memang banyak pekara sedih yang berlaku pada aku..namun demikian..ada juga kisah happy iaitu aku dah pon proceed dengan membeli rumah yang tak tahu bila nya akan siap..tiang pun xpacak lagi..jadi memang patutlah aku berjimat cermat..sebab aku dah shopping benda yang beso ni....

yer..yang rapat dengan aku baca post ni sure akan geleng kepala..kerana tiap2 kali nak berjimat cermat..mesti plan jimat aku tak pernah nak menjadi..kita cuba ok..hoho..jadi doakan kejayaan2 aku ok.. 

Anyway..pic from http://bicarakewangan.com ni mmg menarik minat..kt tak tahu apa akan jadi pada masa hadapan..jadi kita perlu merancang yang terbaik untuk masa hadapan..=)