Friday, October 30, 2009

karan xde lagik

karan xde lg..
mcm mana nak study utk pekse esok pagi kalau mcm tu?
mcm mana nak dpt A kalau nota x habis baca kalau mcm tu?
mcm mana nak ceting sebab bateri dah nak abis kalau mcm tu?
mcm mana nak tido sebab pakai ubt nyamuk yg karan kalau mcm tu?
kalau mcm 2 mcm mana lagi?


Nota Kaki: Kadang kala memberi alasan tu perlu utk mjaga hati sendirik..aku memendam lagik!~**

Thursday, October 22, 2009

Triffle Feresa~**



Ini bukan puding jagung, dadih jagung..tapi ini ialah Triffle okeh!..Memandangkan aku dtg Case waktu tgh lunch hour..kene la tggu kaunter bukak kul 2 nnti..sbb nak binding draft utk spvs..aku br je balik dr seremban..semalam sempat la cuba resepi mabeles xeea ni..tapi xde la secantik xeea punya Trifle..aku tetap namakan desert ni as trifle ok..(walaupun x sama mcm xeea)..hahah..bahan2nya..korang refer kan blog xeea okies..Walaupun nampak x menyelerakan tetapi still licin taw..adik aku ckp.."aperla kuih ni..mcm mknan baby la..patut xleh kasi nama triffle patut bagi nama 'sayataktahukuihnikuihapa"..xper2 next time aku kasi improve lg..heee

Desert ni dah mcm puding jgung pun ada..padahal aku dah letak dah koktail kat lapisan no 3..tapi sebab agar2 ni tebal gilew..so tengelam la koktail tu..hahha..kelako..malu nak kasi jiran..so kali ni wat mkn sndirik je..:D

Ada empat lapisan:
  • lapisan bawah sekali (4) ialah kek marble
  • Lapisan ke tiga ialah puding
  • Lapisan ke 2 buah-buahan koktail
  • Lapisan atas aku letak jeli mangga


Nota Kaki: Dont do the same thing but do in the different way!

Monday, October 19, 2009

Dah Sihat~**



Pak Itam ku dah sehat..Alhamdulillah..thanks to Mi & farah sbb tlg aku..hooreyy..janji pas ni akan make sure sumer off & secure bila kuar keter..hee


Nota Kaki: Hujan pun akan bhenti jugak & pelangi pasti akan muncul..wink2

Padan MUka 4 kali~**

Aku rs pekara2 kat bwh ni terjadi sebab salah aku yg sambil lewa dan menyebabkan aku mghadapi mcm2 hal..sebelum jam 12 tgah hari tadi..so ari ni dlm sejarah la:

1. Baru beli ink, x sampai 60 helai print..ink dah abis (salah aku sbb x mo beli ink yg ori..kunun2 nak murah..padan muka aku)
2. Nak pi jumpa spvs, tetiba bateri kereta kong (Salah aku lg sbb lupa nak tutup lampu dr semalam..padan muka 2 kali)
3. Nak jumpa svps, svps xde kat opis..(salah sndirik saper suw terjah je tanpa col dulu..padan muka aku lagi..)
4. Lupa nak bwk matrik kad sbb nak print kat case kene bwk kad..kad tu aku letak skali ngan kad matrik (Salah aku lg..padan muka lagi kali keempat).
5. Nak pi print kat kedai..Kedai tutup (bukan salah aku..salah kedai..saper suw tolak rezeki..aku nak print byk)
6. xtahu nak tunjuk thesis kat spvs mcm mana..sbb sempat print chp 1-4 je..chap 5, 6, cover depan, abstract bla..bla..ngan appendix x print lg..hee..so x tau jap lg kene marah ke x..tggu updet dr aku kot2 ada padan muka kali ke5..


Kesimpulannya baru ari ni aku rs semalam dan hari semalam dan hari2 semalam adalah lebeh elok dr ari ni..tapi silap konsep ni..sepatutnya jgn pandang belakang..bak kata Dr. Fazli yg kat radio era tu..so renung2kan la..(ini sumer Dugaan~** sob..sob..sob.)

Nota Kaki: Walaupun hari ni mcm2 jadi kat aku..tapi ari ialah ari gembira wat yus..sbb ari ni besday dia..Congrat yus & happy Besday!

Friday, October 16, 2009

Hang Tuah..

Sejak dua,tiga, empat,lima menjak ni..memang post aku berbau negative sedikit..kali ni nak bg pesanan apa yg kt nak x semua akan dapat..jadi hargailah apa yg kt dapat taw.. Aku percaya bahawa masing-masing ada masalahnya sndiri kat dunia ni..dan masing-masing ada jugak TUAH nya sendiri..Jika boleh katakan TIDAK untuk bckp pd diri sendiri 'kenapa aku x jadi seperti dia'!


Nota Kaki: kadang2 dia x bertuah seperti kita dan kita pula x bsyukur tuah yg melekat pd kt~**

L0mbonG~**

AMARAN:: Bagi yg nak sambung belajo sila jgn terima bulat2 rintihan hati aku..x baca lagik baek..ko & aku bukan org yg sama..walaupon rambut sama itam okeh..

Baru pagi td aku updet blog..bangun pagi dah updet lagi satu..ya aku tau aku suka updet x tentu masa..bukan saja bila time TIDAK ade m00d..hehe..Semenjak dua menjak ni mind aku asik dok membuat analogi PhD ni umpama lombong..AKu pon pelik kenapa la aku begitu negatif pasal mender nih..walhal org kata nak seribu daya..xnak seribu dalih..tapi dlm kes aku ni..berdalih mcm mana pun mmg kene gak hadapi..


Akuygkompius: xtaw nak wat pilihan
Lombong A: pilih la aku dol..ko dah pernah explore aku kan..dah tahu keadaan aku mcm mana..ada byk hidupan..air jernih..selesa beb!
Lombong B: Ape la lu ni..asik terjun lombong sama je..x borink ke..try la wa plak..mana tahu x dalam..air pon jernih jugak..ntah2..lu dah terjun xmo kuar balik..
Akuygkompius: (masih lg dlm keadaan kompius)


korang tau x lombong ni ape? kalau x tahu kedalaman lombong ni..korang leh lemas & cedera taw x..kalau korang tahu pon kedalaman lombong ni mcm mana..belum tentu ko akan selamat kalau terjun tanpa apa2 alatan keselamatan..mcm tu la aku aku analogikan phD ni..wat kat memana pon sama..masing- masing ada pro n const..kalau org tu expert dan byk pengalaman pasal lombong ni..mesti dia selamat tapi kalau aku yg setahun jagung..amik master pon course work..dah tahu apa masalah akan tiba..kurang knowledge dlm research..xde pengalaman nak wat full research..aku leh ckp yg aku ni bgantung ngan spvs. Sib baik spvs baik ati..tapi nak ke dia guide aku masa PhD mcm dak skolah?? nak kew??

Kalau asik pikir mcm ni..mcm mana la nak sambung belajo..negatif dah makin menebal~**

Nota Kaki: Xtahu nak terjun lombong mana~**

sengaL~**

Bagi aku masa yang sesuai untuk memblog ialah masa aku TIDAK ada m00d. Dalam fikiran aku sekarang ialah kenapa aku tergolong dalam golongan hipokrit?

1. Konon-konon sy xmo sakitkan hati sesape..
2. Ya..aku tahu dulu aku mmg suka attack org bila aku x puas hati..tapi itu dulu...sekarang ni umur dah meningkat..stamina kureng..dah xlarat nak attack2 ni.
3. Aku Kesian..bukan takut dia ketakutan..kerana aku agak garang lebih teruk dr rasaksa..tetapi kesian kat aku sndiri sbb aku rs nnti aku kene balik
4. Aku rs baek aku diam lg bagus..(atas reason2 di atas)

Aku rs keempat2 sebab kat atas leh aku konklusikan sebagai alasan yg kukuh..jawapan yang lebeh tepat ialah aku ni hipokrit..ya aku tahu..ramai yang x suka org yg hipokrit. aku pon sama tapi series aku mmg x boleh nak dielakkan dr sikap itu..depan mmg senyum je..dlm hati asik ckp 'syg leh aku sepak ko x?..mcm citer 'the ugly truth'..kebenaran itu amat menyakitkan..



Nota Kaki: Susah kalau nak men visualize kan kebencian~**

Sunday, October 11, 2009

Konvoi Raye 2009


Lokasi: Umah Nik Ahmad Kamal

Ahli-Ahli konvoi: Yus, Ruby, Shamala, Aku yg comel, Helmi,Nik Ahmad Kamal (tiada dlm gambar) dan Abg Im (join di umah Helmi)

Rumah yg diserbu:
1. Ruby
2. Xeea
3. Nik Ahmad Kamal
4. Helmi
5. One Utama


Rumah Pertama: Rumah Ruby

waktu ketibaan: 1030am

Pagi2 kami dah bertandang umh ruby..1030 am hoho..
Berikut merupakan menu yang konon2 ruby kata dia masak ialah:
=====
satay+nasi impit+kuah kacang
karipap
roti jala+kari ayam
air f&n epal

~** besh gilerr bekpas mkn satay and sumer yang terhidang aku rasa bebeh..

Rumah Kedua: Rumah Xeea & Hubby

waktu ketibaan: 1230 noon

Speggeti+ meat Ball
Tiramitsu
Kuih Comel- aku amik kuih bentuk cow & ikan kot
dadih

~** Dari ala-ala melayu kami pergi ke Italy..mkn spegeti tu..Pandai giler dia masak..shamala panik sbb dia x belajo masak lagi..hehe..Memang mabeles!


Rumah Ketiga: Rumah Nik Ahmad Kamal

Waktu ketibaan: 1430pm

Nasi dagang
Blueberry tart
Cocktail (btol ke eje nih..hee)

~** Nik Ahmad Kamal kata dia x masak..tapi dia yg beli santan..dari spain kami ke Kelantan..hehe..mmg masyukk..first time mkn nasik dagang bila beraya di rumah kawan-kawan



Rumah Keempat: Rumah Helmi

Waktu ketibaan: 1700 pm

Mee goreng
Cup Cakes
Ayam goreng

~** Ni berada ditengah-tengah antara western and malaysia..hehe mmg bes jugak!



Rumah Kelima: One Utama

waktu ketibaan: 1900pm
Menu: PAPADOM

~** Memang kelako..hehe..sempat gak nonton..amat disuggestkan..sila la kwn2 pi menonton..sgt kelakar..

Punyala banyak aku makan..yerla menu-menu kat atas ni mmg mabeles..x leh nak kontrol..hoho Terima kasih buat tuan rumah dan kawan-kawan yg join beraya bersama-sama..seronok dapat bkumpul..buat kawan-kawan yg xtahu dan xsempat..panjang umur kt beraya bersama-sama next raya..InsyaAllah


Yey..Dpt buah tgh dr langkawi..Tengkiu!


Nota Kaki: Bes kalau dpt jumper semua org~**

Thursday, October 8, 2009

resepi Caramel



Walla..aku membuat caramel ari ni di kala bulan mengambang..resepinya ialah

BAHAN A
========
4biji telor
1 tin susu ideal
1 sendok kecik gula (ikut selera)
asen vanilla
perwarna kuning

BAHAN B
==========
3 sudu gula hangus (ikut selera)
air sikit (ikut suka)

METHOD
=========
1. Pukul bahan A hingga kembang
2. Buat gula hangus menggunakan bahan B dan masukkan dalam bekas
3. Massukkan bahan A dalam bekas bahan B
4. kukus 20-30 min
5. Sejukkan sebelum dimasukan dalam peti sejuk


Nota Kaki: rajin pulak aku update blog ni 2 x sehari ek..wink2

Yang mana satu??

Buring pulak xwat aper..keje mmg manyak x setel lagi..bila baca blog kwn2 nak smbung belajo lg ni..membuatkan aku bersemangat..manakah yg baik? menyambung pengajian di luar negara atau di dalam negara?

As a single person..x menakutkan ke kalau pergi menuntut ilmu di negara org? aku ni bukannya jenis individu yang adventure. Nak servis kereta pon merengek pada abah aku tolong aku servis kan..Tension sikit je..terus pecut balik kg..mintak tolong emak kesayangan masakkan masakan favourite..kemudian aku ni mudah diserang menyakit 'home sick' kalau pi obersea mcm mana la nak buat semua tu..kalau tiap2 bulan mcm tu..besi yg lurus boleh jd bengkok! Kalau pi in the group aku suka je..but kalau pi sorang2 mcm mngerikan..tambah2 lagi buat research..pheww..suffer bg org yang baru dalam field research meresearch ni..huhu..bak kata org..emosi kene kental beb!

TETAPI sampai bila nak duduk bwh ketiak mak abah?umor dah nak separuh abad..nak merengek nanti ada org nak layan ke..hoho..Semoga aku mendapat pertunjuk drpNya..kalau korang ada pngalaman..bg la aku nasihat..wink2..


Nota Kaki: Perubahan yang baik itu perlu!

Wednesday, October 7, 2009

xoxox

Current m00d agak x stabil..sikap lama dtg kembali..maklumlah dah x bz..xsk!

Monday, October 5, 2009

Phew~**

Hari ini merupakan hari presentation projek master aku..phew..sungguh mengerikan..tetapi syukur alhamdulillah..dah selesai dan boleh dikatakan aku lulus..so boleh la bersuka ria lepas ni..aktiviti nak buat:

1. Tgk citer Dal ja..yey! thanks to my fren..sbb sudi downloadkan movie ni utk aku..aku sgt menghargainya..jauh ni dia pos...
2. Habiskan baca buku kat sebelah ni..
3. Sambung raye balik..wink2..


wat masa ni..ini je lah yg nak buat..hahha..membosankan ek..however..there will be few plans dlm otak ni later br nak arrange balik.


Nota Kaki: Hari ini sy rs lega gilew..terima kasih buat family, lecturers dan kwn2 yg memberi sokongan moral..jasamu dikenang!~**